Lemas. Ke mana mahu lari mencari ruang bersendiri. Ingin tenggelam jauh dari serabut duniawi. Mana mungkin dapat bersendiri di rumah. Buka saja pintu kereta sudah riuh bercerita dan mengadu itu ini. Sementelah di pejabat. Walau bersendiri di kamar ini, talian jarang senggang. Apalagi sekarang ini tepu dengan costing dan perangkaan, angka dan huruf berselirat. Dasar terbuka pejabat ini walau pintu tertutup masih terserlah pada pandangan dari luar dengan dinding dan pintu separuh kaca. Nak makan bekal tengahari dalam bilik pejabat ni pun masih ada yang ramah-tamah mahu berkongsi meja. Nak panjangkan bersunyi selepas solat pun jarang berkesempatan. Usai solat maghrib, si bungsu siap bersila dengan Muqaddam minta di tegur bacaan nya. Baru nak pegang buku ada saja borak si anak dara berdua tu ajak bercerita.
Layu dan lesu sangat hari ini. Sepanjang pagi dah kering tekak bercakap di telefon dan dalam mesyuarat. Siti ajak keluar makan tapi aku cakap ada hal. Perlahan-lahan aku memandu ke McD berhampiran, mengambil makanan di tingkap pandu lalu. Siap dengan aiskrim Sunday! Pulang ke pejabat , ruang parking masih kosong. Aku memilih tempat redup. Tutup enjin, buka tingkap. Buka bungkusan dan makan perlahan-lahan sambil dengar Hot.fm. Tenang rasanya bersendirian. Selesai makan masih ada 35 minit lagi waktu rehat sebelum masuk waktu zohor. Panjang lagi tuu…aku meluruskan kaki… sambil melihat-lihat burung kecil terbang dan meloncat-loncat. Angin pun semilir lalu. Ada novel dalam kereta ini yang boleh di baca… ahhh, biarlah…. Damai nya menikmati sedikit ruang bersendiri di sini….
Wednesday, November 21, 2007
Ruang
Posted by cikMilah at 11/21/2007 03:00:00 PM
Labels: Tafakur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment