Mengambil sunat tidak bersarapan sebelum sembahyang raya, anak-anak saya lapar & terus mengadap ketupat rendang dan nasi impit di rumah BIL. Saya bawakan ketupat palas pulut hitam, MIL sediakan nasi impit kuah kacang. Kek, brownie dan agar-agar yang saya bawa dah "tak laku"dah...hantu ketupat semuanya!
Tidak boleh lama kerana suami cuti separuh hari saja..kami menyeberang pulang ke Permatang Pauh. Sepanjang melalui kawasan perumahan, seronok melihat khemah panjang terpasang di kawasan lapang, penuh orang berkumpul melakukan ibadah korban. Selepas zohor kami berempat menyertai majlis korban di madrasah tempat Ammer mengaji. Sembelihan 7 ekor lembu dah selesai, masak memasak pun dah siap,Tok Wan dan Tok Aunty sedia menanti. Nah...sup gear-box!
Tidak boleh lama kerana suami cuti separuh hari saja..kami menyeberang pulang ke Permatang Pauh. Sepanjang melalui kawasan perumahan, seronok melihat khemah panjang terpasang di kawasan lapang, penuh orang berkumpul melakukan ibadah korban. Selepas zohor kami berempat menyertai majlis korban di madrasah tempat Ammer mengaji. Sembelihan 7 ekor lembu dah selesai, masak memasak pun dah siap,Tok Wan dan Tok Aunty sedia menanti. Nah...sup gear-box!
Segan la pulak nak bergelumang dengan tulang kat tengah majlis ni.. ( kalau kat umah,mertua lalu pun buat-buat tak nampak! he he..), memudahkan cerita saya dan the girls tak ambik nasi, ratah sup sambil mengorek isi dari tulang yang penuh sepinggan. Hidangan ringkas makan berselerak di sekitar madrasah. Sibuk melayan gearbox, rugi pulak tak ambil gambar sekeliling.....
Malam nya saya mencuba Mee Siam resepi KakElle. Pertama kali saya guna tauchu dalam masakan, macam tak best jer kuah tu tapi Alhamdulillah anak ,suami dan tetamu suka. Senang hati cuci pinggan tak berbekas.
Hari kedua pun sama, nasi daging, sup dan bermacam masakan daging. Saya dah naik pening.
Pagi hari raya ketiga saya memerintah di dapur rumah tok (rumah pusaka keluarga), tukar menu. Sebelum keluar menziarah saudara mara yang di landa banjir, saya ambil gambar awal-awal. Makanan belum berhidang kena snap foto dulu, kalau tak.... Gulai cair daging tetel dengan kentang, ayam goreng, ikan sumbat sambal dengan air asam, sayur campur, sambal belacan dan ulam. Makan dengan nasi putih jer!!
8 comments:
terima kasih kerena mencuba mee siam tu cikmilah dan apa komen anda sendiri walaupun family makan habis?I nampak you ada banyak garnishing untuk atas nya...saya cuma guna telur rebus,limau kasturi,tahu goreng dan daun kucai aje.
wah gearbox tu kalau kat rumah bersih agak nya tinggal tulang kan?hehehe
I sempat rasa half a bowl jer kak. Sedap. Rasa nak buat lagi in smaller qty - must improve on the gravy. Hubby suka taugeh jadi I tambah as garnishing plus instant bawang goreng dan daun sup. Thinking us using quail egg in my second trial, InsyaALLAH
salam cikMilah,
dalam semua lauk-lauk itu, daun ulam itu yg sangat menarik...nampaknya macam daun ulam raja.
Salam KakLela, betul tu. Ulam raja tu tumbuh subur kat tepi pagar. Kalau balik kampung tak payah cari ulam, ada keliling rumah. Ada jantung pisang, pucuk ubi, pegaga, pucuk janggus, malah cili dan limau kasturi pun saya petik dari pokok. KakLela makan tak sambal belacan?
salam lagi cikMilah,
k lela dibesarkan di padang sebang, alor gajah, Melaka.
Semua makan...cincalok, tempoyak, belacan tapi ikan pekasam belum.
Sekarang nie teringin sangat makan sambal belacan manga tapi tak dapat cari manga muda sini sbb musim panas dan habis.
Lada merah ada simpan, tanaman sendiri.
K lela ada tanam pucuk ulam raja tapi hidup semusim sahaja, lepas tu tak tanam lagi sebab makan sorang saja...tak kick!
Eeee... ikan cencari sumbat, sambal belacan buat I meleleh air liur..
Zlaa, nanti balik M'sia cikMilah jamu sambal belacan dengan ulam dan nasi putih lauk kampung....
Post a Comment