Friday, December 14, 2007

Salam Aidil Adha

Kurang seminggu Aidil Adha menjelang lagi. Bagi saya dan keluarga Raya Haji sama meriah nya dengan Aidilfitri, malah lebih meriah dengan kenduri korban. Persiapan saya dah bermula. Macam biasa saya sediakan sejenis dua biskut untuk mengiring juadah di pagi mulia. Baju anak-anak telah siap bergosok.

Bezanya kali ini tidak siapkan duit raya, sebaliknya kami bungkus manisan untuk anak-anak yang berkunjung.
Kita berada di bulan yang Allah telah muliakan dengan hari Arafah, hari Aidiladha dan seterusnya hari-hari tashriq. Seboleh mungkin, jom lah kita merebut musim mulia ini dengan melebihkan sedikit amalan. Seronok rasanya bila bangun di pagi raya Aidil Adha yang kita dahului dengan puasa sunat enam hari sebelumnya. Inilah kesempatan untuk kita back-up amalan yang longgar. Eh, maaf ya, saya berpesan untuk diri sendiri sebenarnya. Waktu aruah masih ada, mak lah yang selalu ingatkan saya tentang kedatangan Zulhijjah dan apa yang sepatutnya dilakukan merebut kesempatan kemuliaan bulan yang Allah telah mensyariatkan ibadah korban ini. Saya berdoa semuga Allah berikan kekuatan agar peringatan aruah dapat saya teruskan.
Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan dan dorongan untuk menggandakan ibadah kita pada hari-hari mendatang ini dan menerima segala amalan kita, amin ya rabbal ‘alamin.
Di saat-saat ini ,saya masih juga berdoa, hendaknya suami boleh "off-duty" pada hari pertama Aidil Adha ini dan semuga boss meluluskan cuti saya pada hari kedua Aidil Adha!
Nak balik kampung!!!!!.....malam raya lebih meriah di mesjid kampung di sana....
Selamat Hari Raya Aidil Adha, semuga kita sentiasa di payungi rahmat dari Allah.

5 comments:

FaRuHa said...

Salam CikMilah,

Sejuk mata memandang template hijau lembut ni.

Selamat menyambut Aidiladha dari kami sekeluarga.
Di Penang pun raya haji disambut meriah ye?

Kak Elle said...

Selamat menyambut aidil adha juga dr saya...pagi raya masak apa pula?

cikMilah said...

Salam Faruha,kita cari makan dan bermastautin kat Penang. Time raya mesti nak balik kampung kat kat Kedah. Di sana lebih meriah.

cikMilah said...

KakElle. salam AidilAdha dari saya juga untuk aka dan seluruh the Jellanies. Raya Haji banyak daging korban so kita selalunya masak nasi daging/bukhara, dan daging cicah air asam...The best thing in my family is when men are taking charge of the chores; from sembelihan to cutting the meat and cooking!Kita tolong potong bawang jer...

JahRera said...

salam kenal cikMilah,

Ini jahrera dari Okinawa, terima kasih menjenguk blog saya.