Wednesday, December 19, 2007

Perancangan Allah Lebih Cantik


Doa saya di makbulkan, Alhamdulillah. Tapi perancangan Allah lebih cantik. Kami dapat tahu yang MIL akan beraya di rumah BIL di Penang. Jadinya kami tidak perlu tergesa-gesa balik ke Jitra hari ini dan pulang semula ke rumah esok ,kerana suami perlu bertugas pada petang raya pertama! Jadi selepas menulis entri ini, saya gantung keyboard dan terus kelentung kelentang kat dapur. Semua nya mesti tip-top kerana esok sebelum matahari terbit kami akan merentas Penang Bridge pergi bersembahyang di Mesjid Negeri dan berpagi raya korban di tengah bandaraya Georgetown! Untuk pertama kali kami tidak pulang kampung berhari raya.


0 comments: