Banjir datang seiiring Aidil Adha melanda Johor, Pahang, Trengganu , Kelantan dan Kedah. Gambar di bawah ini saya ciplak dari akhbar on-line....seribu rasa dalam satu suasana.
Pagi-pagi hari raya ke tiga saya meninjau sawah bendang dan saudaramara di kampung berdekatan yang di landa banjir. Banjir dah surut tapi halaman masih di genangi air. Sawah bendang tenggelam. Padi yang sedang berbuah rosak . Kesihan mengenangkan mereka yang semata-mata bergantung pada sawah dan kebun getah;bertungkus lumus mengerjakan sawah tapi hasilnya lenyap dilanda arus.Mudah-mudahan masih banyak rezeki lain yang Allah taburkan untuk mereka. Semuga mereka terus tabah dan tawakkal.
lihat lah padi yang hampir masak dah rosakDi Lubuk Batu, kira-kira 200 orang berteduh di bengkel perabut yang terletak di pinggir bukit. Ruang nya agak luas tapi terbuka tanpa dinding. Buaian anak kecil masih bergantungan, bayi dan anak-anak tentu kesejukan waktu malam.
tidur malam berlapik tikar plastik dan totoo
menyusun kotak kayu jadi pemidang bahagian anak gadis berlindung waktu malam
Berguni-guni beras dan kotak makanan telah tiba. Waktu kami sampai mereka sedang sarapan. Wajah mereka cerah menyambut kami. Dah lama tak jumpa, ramai yang tak kenal saya lagi. Saya mengutuk diri sendiri yang ingat-ingat lupa , tak boleh nak match muka dengan nama...hisyyy, malu kalau makngah di panggil maklang, kakton dipanggil makteh ! Ini lah bahana nya"kerap" sangat menziarah kampung halaman sendiri. Sedangkan di situlah tempat saya berlari dan bermain, mandi sungai dan berebut buah kayu! Saya menolak ajakan makan sebab masih kenyang, tapi kakak mencubit peha...rasa lah sikit ambil hati depa... opps! OK OK.
Makan sambil berbual saya selami perasaan mereka. Rata-rata hiba tapi menerima dengan redha. Kiranya tahun ini mereka lebih bernasib baik dari banjir 2005 yang rumah mereka tenggelam hingga ke bumbung. Saya rasa serba salah kerana berkunjung dengan tangan kosong. Seperti memahami mengkal di hati saya, seorang ibu berkata dia cukup gembira kerana kami datang berziarah, macam menyambut anak pulang di hari raya. Saya beredar dengan mata berkaca.
2 comments:
Pulang ke kampung....membawa hati meruntun ingin menolong....mata berkaca....melihat mereka tersenyum redha.....
murninya hati seorang anak kampung!
A.
ayah su,
tempat jatuh lagi dikenang,
mak ayah telah tiada, kita lah penyambung silaturrahim dengan mereka.
Post a Comment