Bertuah saya ada SIL yang seorang ini...tadi dia calling-calling suruh balik kampung hujung minggu ini, "jom puasa sunat dan kita buat bubur asyura". Alhamdulillah, saya hampir terlepas peluang ini kalau tidak di "ketuk" begitu! 10 Muharram (di Malaysia) jatuh pada Sabtu 19 Jan. jadi elok lah kita berpuasa sunat pada 18,19 dan 20 Januari . Nak refresh minda saya pun jalan-jalan & muat turun yang berikut dari bbrp website termasuk Mufti Perlis.
“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya".
Saya jalan-jalan lagi ke alam maya mencari cerita 10 Muharram dan singgah lagi di sini . Pengisiannya telus, ringkas dan padat. Jazakallah pada empunya website. Semuga kita di beri olehNya kekuatan merebut peluang nan terbuka.
Langit maya terbuka
melampir bahasa jiwa landai
dan santai
mencanai rasa…
berkongsi rahsia semesta dan sam'iyatNya
terima kasih sahabat, dengan izinmu
kita kutip mutiara kata
dalam getar waktu merakam ilhammu,
menatari alam ceria
dengan cahaya suar dari lembah iman mu
aku menumpang menyuluh bayang diri
melambai kursimu yang tinggi
ingin sampai
kemuncak rasa
abdi diri
di sisi DIA
12 comments:
tq sis...tq d'very 4 d info...sy pun tgh dok menqada' pose..leh lah kot seiringan ye.
very glad n thankful 4 dis N3...syukran jazilan.
Alhamdulillah,
Tulip posa qada sbb berpantang masa bulan puasa hari tu ker?
InsyaAllah berganda ganjarannya...
salam cikMilah,
jahrera belum pernah rasa bubur ashyura huhuhu.
Makan tu sembohkan sikit ke awan lalu, kot-kot dapat terasa sini :-)
Salam CikMilah,
bubur ashura...terliuqqqqqqnya nak makan, dah berpuluh tahun saya tak rasa..
Masyaallah ! 10 Muharram jatuh pd birthday saya.
KakLela,
ni sikit bubur asyura dari My Kitchen Tales, hulur tangan...aaa..dapat tak? :))))
Ala kesian nya Faruha ...alang-alang tak perishable, cikMilah poskan. Sana pun ada sepiring untuk harijadi Faruha kat dapur saya. Cubalah ya..mudah saja.
Selamat Hari Jadi...semuga murah dan berkat rezeki, di tambah keimanan,kekal dan bahagia rumahtangga, tercapai segala cita-cita, cepat dapat baby dan maintain anggun gitu....
nak sikit bubur asyura tu cikmilah lama tak makan nya.... mangkok saya dah hantar jgn lupa ye....haha
kakElle, kalau betullah kita berjiran, best nyer.....
cikmilah,
Cath pun nak berjiran dengan cikmilah... Boleh dapat makan free hari2... Hahah! **muka tak malu Cath ni**
akum.. salam dari bumi dublin, ireland.. jemput2 la ke my blog. :)
Cath, betul tu, boleh buat BBQ kat back-yard tuu..15 tahun dulu cikMilah duduk Raleigh,NC.Why lambat sangat kawin sama itu Robert?ha ha ha..
Wa'alaikum salam...salam kenal. Termakasih sudi singgah.
Dah laaama dah baca blog u...nice story you have.
Take care
Post a Comment