Thursday, January 10, 2008

Hari ini....

30 Zulhijjah; rancangan nak balik awal sejam tak menjadi bila boss melepaskan bom jangka dan tarikh akhirnya hari Isnin minggu depan. Projek sedia ada pun bertarikh akhir hari yang sama. Dua projek serentak, seorang diri. Seseorang yang di tugaskan membantu, dibenarkan cuti separuh hari kerana kurang sihat! Alah bisa tegal biasa....teringat bos pertama waktu jadi Management Trainee lepas grad dulu..it's a world of dog eat dog...Smile cikMilah, smile...Mulakan dengan Bismillah dan 3 Qul.

Saya tak angkat kepala. Cuma berhenti solat. Baca tiga Qul dan terus menerus dengan full gear!
g3lo3ptr4-0038^$))))*&^^#@^&^&$($)($)

5.20pm

FULL STOP.

Alhamdulillah laluan pulang lancar. Anak dan suami dah siap menunggu . Dek kesuntukan masa saya cuma berwudhuk dan tukar pakaian. Bolehlah rehat sebentar waktu suami menguasai stering meredah trafik sesak Jambatan PP pada waktu kemuncak!
Alhamdulillah kami sampai sejurus bacaan Yasin bermula. Badan dah terasa seram sejuk. Terasa sangat lah ketahanan diri semakin luntur dek peningkatan usia....namun sungguh bertuah dapat menyertai jemaah membaca Yasin dan mengaminkan doa akhir tahun di sebuah surau di pinggir laut. Berbuka puasa dengan air Yasin dan kurma. Nikmatnya...sambil menjamu mata hidangan panorama semesta waktu senja.Waktu solat Isya; saya hampir tumbang, kekuatan dari Allah lah yang mendirikan solat sesempurna izinNya. Hidangan nasi putih kari ikan kering sungguh sedap. Tapi saya asyik sendawa...sungguh kurang sopan, jadi saya berhenti saja.
Usai majlis, kami di jemput minum di restoren di gigi air. Indah nya Jambatan PP di simbah lampu dan Port Swettenham bermandi cahaya. Mata saya yang tak mampu di angkat dan selera hanya segelas teh halia suam.
Saya terjaga dengan sms dari Suhaila, anak saudara yang manis. Doanya kudus untuk subuh awal Muharram. "Ya Allah, seketika awal tahun ini muncul hari baru yang ceria, Engkau muliakan lah dan sayangilah penerima ucapan ini, berkatilah keluarganya,sihatkan lah tubuh badan nya, limpahkan lah rezekinya, jauhkan dia dari fitnah dan penganiayaan dan penghinaan, suburkan lah benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Maqbulkan lah cita-citanya yang murni".
Amin Ya Rabbal a lamin....Termenung dan senyum, saya bingkas bangun mengisi misi. Dah minum segelas air, baru teringat, se afdalnya hari ini berpuasa sunat! Astaghfirullah....

Misi saya hari ini: Bongkar petisejuk dan selongkar seluruh dapur, mencari apa yang ada dan senaraikan yang tiada dan masak apa yang ada.

Tiru resepi MakLang Kentang Oregano. Ada juga 2 tin tuna, jadilah ini, ada juga 5 ketul mee kering, saya lembutkan dan tumis bawang putih dengan sedikit cili, daging, sos lada hitam dan parutan lobak merah penghabisan stok. Jadi lah mee seakan mee hailam rasanya. Tiga resepi dalam kuantiti kecil untuk sarapan pagi.
Kemudian tiru resepi Chicken Cashew Nut lagi tapi saya guna sotong kembang sebab hanya itu yang ada! Terima kasih, MakLang! Kari ikan kering yang di tapaukan KakIda malam tadi masih baik dan saya cuma panaskan. Masih ada juga 3 potong ikan bawal jadi saya jadikan masak masam manis... Masak nasi dan sayur kimcam goreng, cukup lah untuk hari ini.

Oh ya, ada juga se tin buah pic. Saya tiru resepi dari majalah masakan terkemuka buat Puding Pic. Langkah demi langkah dan sukatan betul. Anak saya menjenguk peti sejuk berkali-kali
tapi puding tidak beku. Saya keluarkan dan masak secawan agar-agar dan campurkan tapi sampai malam ini belum lagi beku. Percubaan ke tiga saya ialah membancuh dan masak tepung kastad sebagai campuran puding-tak-beku itu. Tengok lah esok macamana! Saya mahu berehat..untuk esok yang lebih ceria!

6 comments:

Kak Elle said...

wah banyak memasak:)ishh nampak sotong kembang teringin pulak maybe hujung minggu buat sambal tumis sotong kering lah nampak nya kat sini....hehe

cikMilah said...

Kena abiskan stok Kak, takut expired nanti membazir pulak, kan!

silversarina said...

salam maal hijrah .

sotong tu nampak sedap betul , wah cikmilah rajin masak macam maklang dan kak elle jugak... terliur...

have a nice weekend !!

idham said...

:-) CikMilah....
sungguh sedp nampak sotong bersambal....asya suker!!!

ADA SALAIN DOA AHIR TAHUN DARI ENTRY sebelum ini.....thanks for sharing...

have a great 1429!!

ayahsu.

cikMilah said...

Salam Rina,cikMilah rajin TIRU masakan Maklang dan KakElle, he he he...
Terima kasih singgah di sini. You have a great weekend, too.

cikMilah said...

Ayahsu, sotong tu memang best...nanti masak ler buat suprise kat kakLiL.
Alhamdulillah, sharing is always FUN.