29 Dis - Selamat Pengantin Baru Irwan dan Hafiza. Cipta lah bahagia sampai akhir hayat dengan memohon petunjuk Allah.
1 Jan - Kunjungan Mengejut (?) dan Keraian
30 Dis - Krisis Minyak Masak.
Masih di kampung. Membeli belah barang keperluan - memborong segala caca merba untuk anak seorang ni yang happy giler dapat masuk sekolah berasrama! Semuanya dia nak warna merah! Sekaligus membeli barang dapur untuk MIL. Sampai di rak minyak masak, KOSONG !Menjenguk seluruh pasaraya, yang ada cuma minyak kacang Mazola dan Sunflower. Jangan tidak , saya capai minyak Sunflower bimbang nanti dia keputusan minyak. Rata-rata mencari sampai kedai runcit dan pasar malam pun tak ada bekalan di seluruh bandar. Ke mana minyak masak? Logiknya Malaysia tidak patut kekurangan bekalan minyak, bukan kah kita pengeluar sawit terbesar dunia? Di mana hiccup nya? Kita pengeluar, kita penjual dan kita lah pembeli, masalah demand supply tak pernah reda. Dulu sebelum harga minyak naik, ada yang berjanji itu masalah sementara, bila dinaikkan harga sedikit, bekalan mengalir macam biasa. Sejak akhir-akhir ni, masalah berulang lagi. Di mana sahihnya teori dulu ?Macam-macam hujjah di TV dan akhbar. Komen saya, cuba naikkan harga minyak masak , berduyun-duyunlah keluar minyak masak dari stok. Sampai bila?
31 Dis - Welcoming 2008.
Hubby cook for dinner & 5 of us enjoyed new year firecracker show from Esplanade, Padang Kota Lama, Penang Megamall and Butterworth by standing at our balcony and 3 bedroom windows.
Pukul 6.45pagi 1Jan2008 dari sisi balkoni31 Dis - Welcoming 2008.
Hubby cook for dinner & 5 of us enjoyed new year firecracker show from Esplanade, Padang Kota Lama, Penang Megamall and Butterworth by standing at our balcony and 3 bedroom windows.
1 Jan - Kunjungan Mengejut (?) dan Keraian
Selesai subuh saya mengadap jahitan; bukan RE macam Maklang tapi menjahit lencana dan tanda nama pada baju kemeja dan tudung sekolah! Siap menggosok semuanya.
Selesai solat zuhur,kawan lama telefon nak bertamu ke rumah. ( Alamak!) Saya amat-amat teruja tapi tersangatlah saya kesali dan terpaksa berterus-terang... Kami perlu menghadiri majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR dan perlu berada di sana sebelum pukul 2.30 petang. Saya jemput mereka menyertai kami kerana majlis itu terbuka kepada umum (dan bercadang belanja mereka nasi kandar setelah usai majlis). Sayang nya mereka pulak tidak boleh berlama kerana perlu sampai KL sebelum malam.
Hadiah disampaikan kepada anak-anak yang bersekolah di Parlimen Permatang Pauh oleh Datuk Pirdaus Ismail , Pegawai Khas Menteri Pelajaran. Ini lah anak dara saya...
Selesai solat zuhur,kawan lama telefon nak bertamu ke rumah. ( Alamak!) Saya amat-amat teruja tapi tersangatlah saya kesali dan terpaksa berterus-terang... Kami perlu menghadiri majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR dan perlu berada di sana sebelum pukul 2.30 petang. Saya jemput mereka menyertai kami kerana majlis itu terbuka kepada umum (dan bercadang belanja mereka nasi kandar setelah usai majlis). Sayang nya mereka pulak tidak boleh berlama kerana perlu sampai KL sebelum malam.
Hadiah disampaikan kepada anak-anak yang bersekolah di Parlimen Permatang Pauh oleh Datuk Pirdaus Ismail , Pegawai Khas Menteri Pelajaran. Ini lah anak dara saya...
bersama kawan baik nya Syaza
Malamnya waktu saya menyemak senarai keperluan asrama, MIL telefon dengan suara girang melihat cucu di berita TV. Alahai....2 Dis - Mama Abah Kembali ke Sekolah
Saya ambil cuti. Selesai solat subuh tanpa sarapan kami berangkat. Lega berjumpa kawan-kawan di dataran sama. Kawan-kawan saya ni sebenarnya ibu-bapa kawan anak saya. Anak berkawan baik jadi kami pun bersahabat. Suami pula ada yang serupa kegilaan mereka - motosikal kuasa tinggi dan memancing dan mencandat di laut...makin rancak lah mereka...
Sidang akademik dan taklimat untuk ibubapa berhenti rehat 20 minit. Sempat lari ke kantin - dah lama tak rasa makanan sekolah! Pendaftaran akademik selesai pukul 11.30 pagi, kami keluar mencari makanan di bandar. Pulang ke sekolah untuk urusan penempatan asrama bermula jan 2.30petang, selesai hampir jam 6 petang. Letih jadinya saya, suami pun serupa. Saya tak bimbang sangat kerana bersamanya ada sembilah orang kawan se kelas waktu Darjah 6 ada di situ. Alhamdulillah dia di sambut mesra oleh kakak senior. Berat juga di hati cuma saya tak zahirkan. Masuk saja ke kereta, Ammer yang diam sejak tadi bersuara,"hmmm sekarang tinggal kita empat orang saja.." ( Ai, belum keluar dari kawasan sekolah KakNgah, Ammer dah windu...)
3 Dis - Rutin Pagi Bermula Kembali
Bangun, bersihkan diri, kejut ahli keluarga, solat, siapkan sarapan, bersiap ke sekolah, hantar anak sekolah, pergi kerja.
Dalam sibuk semalam saya sempat telefon sekolah Alia dan Ammer bertanya tentang yuran. Respons yang sama dari sekolah rendah dan menengah - belum ada kepastian dari Pejabat Pelajaran Negeri, jadi belum ada kutipan yuran. Lega ! Bukan kerana tak payah bayar yuran tapi saya tak perlu ambil cuti separuh hari atau lambat ke ofis hari ini. Cuti sehari semalam pun bertalu-talu telefon dari ofis....hey... entahlah!
4 Dis - Jumaat !
Alhamdulillah, esok dan lusa cuti!
Singgah Carrefour dalam perjalanan pulang, beli bahan masak lagi. Eh, ada pun minyak masak.
5kg RM 12.99-limited 2 per customer.
(not a bad deal) Saya sambar dua sekaligus. Dalam hati geram berbisik, esok pagi aku mai lagi, ambil lagi 2 buat stok dan hantar balik kat MIL!
5 Dis - Sabtu
Servis kereta. Dah lebih 2500km terlajak mileage !!!
Hari ni boleh baring luruskan pinggang. Tiba-tiba dia telefon lagi. Ma... esok mama abah mai kat Adik ya, adik nak tudung lagi, baju kurung lagi.....bla bla bla...jangan lupa beli iron kat Adik ya, sini kena tut lan... ( tut lan ialah sebutan Alia dan Amalina waktu umur mereka 1 dan 2 tahun untuk ikut giliran ) Ammer pula, sehingga umur 6 tahun menyebut "ikut ligiran!!!
4 comments:
penat saya membaca seminggu punya berita...hahaha
macam tu lah kan bila anak2 mula bersekolah kan?
oh kat sana minyak masak di surok ye?ada2 aje kan tapi harga nya tu murah dari di sini....cikmilah beli 2 bottles hari2 seminggu dpr 14 cukup untuk setahun:)
KakElle, harga minyak sini lebih murah dr SGP dan Thailand. Sbb tu stok dalam negeri selalu semput. Bikin untuk eksport libih untung maaah....ha ha ha!
sibuk betul mak milah ni...
tahniah buat anak kerana dapat masuk asrama...
Kalau Along, dia sorang aje yang tak angkat tangan nak masuk asrama...dia lebih senang berkepit dengan mak dia kat rumah!
Sampai malam tadi maklang masih lagi menampal badge Angah...pukul 10:30 malam dia suruh jahit! Bertuah punya anak...
Thanks MakLang. Kalau ikut hati berat nak lepaskan, tapi empunya diri suka sangat. Harap2 dia dpt menyesuaikan diri...
Along Alia ni pun sama dengan Along MakLang tu...tapi bagus jugak, kalau semua masuk asrama sunyi nanti...
Post a Comment