Sunday, February 3, 2008

Gamat

Lama juga saya berfikir mencari sesuatu yang unik dan tak pernah dibuat orang! Ini gara-gara Abang3 saya nak menyambut menantu lagi...Biasanya kami adik beradik akan menyumbang apa-apa saja yang difikirkan perlu andai salah seorang dari kami berkenduri. Kalau majlis perkahwinan , saya lazimnya menyumbang bunga telur ataupun barang-barang hantaran. Jadi, saya putuskan mengisi barang-barang ini dalam beg cenderahati sebagai ganti bunga telur tradisi.

setangkai bunga telur
sehelai sapu tangan tuala biru
sejemput potpouri dalam sebiji cawan comel
sebotol minyak gamat dan bam gamat


Gamat tak?
Ada orang tu sudah geleng-geleng kepala... tak pernah di buat orang...katanya!

Saya dah muktamad. Minyak gamat dan bam gamat banyak gunanya. Di bungkus rapi dan di ribenkan , ia nampak menarik jugak , kan? Hey... saya juga membantu memajukan industri gamat tradisi tempatan!

Sementelah rancangan bercuti Hari Raya China terpaksa di batalkan, ada juga masa untuk saya menyiapkan cenderahati gamat ini beserta beg cenderahati berwarna perak dan biru.

8 comments:

Kak Elle said...

Cikmilah good idea tu .... saya sokong dgn minyak gamat and balm...saya nak satu set bolih?..haha

cikMilah said...

Aaah, OK no problem. Nanti saya special delivery...he he he

silversarina said...

emmm idea yang kreatif dan bila orang guna minyak tu tentu ingat kat pengantin dan mejlis kenduri :)

cikMilah said...

Betul jugak tu kakRina...
pengantin mana?
pengantin gamat...kih kih kih..

idham said...

cikmilah....abg id sokong sebulat suara, sebulat diriku yang makin menjadi2 bulatnya ini...!!

syabas, di atas idea kreatif...

idham

cikMilah said...

Ok lah kalau camtu Abg Id. Terimakasih atas sokongan sebulat suara tu...

mak farhah said...

wah, bagus idea ni, satu kelainan. selain bermanfaat jugaa

cikMilah said...

Terima kasih mak farhah sudi berkunjung...dah siap dah CNY dulu.