Wednesday, February 20, 2008

Gempa lagi...

Saya baru keluar dari meeting dengan pembekal. Terasa terhuyung ke depan - eh, pening ka aku? Nampak kawan-kawan semua berdiri, sekali lagi tapak kaki rasa berdenyut. Riuh rendah mereka menerka kemungkinan dalam semua jenis bahasa, Hokkien, Mandarin, Tamil, Hindi, Melayu, Inggeris. Saya memilih untuk diam. Duduk di kerusi, bertafakur momohon doa agar Allah memelihara semua muslimin muslimat dari mara bahaya bencana alam.

Saya telefon anak, dia di sekolah dengan cikgu. Lega...Suami tak dapat di hubungi. Kalau dia dalam cleanroom sub-100, hp jenis apa pun tak lut!

Tak berapa lama, seorang kawan yang "tak berapa sibuk" menghantar data ini melalui email!.

Magnitude 7.6 - SIMEULUE , INDONESIA
2008 February 20 08:08:32 UTC
·
Details
·
Maps
Where can I find...?
Earthquake Details
Magnitude
7.6 (Preliminary magnitude --- subject to revision)
Date-Time
· Wednesday, February 20, 2008 at 08:08:32 UTC
· Wednesday, February 20, 2008 at 03:08:32 PM at epicenter
Location
2.600°N, 95.949°E
Depth
35 km (21.7 miles) set by location program
Region
SIMEULUE, INDONESIA
Distances
· 319 km (198 miles) WSW (250°) from Medan, Sumatra , Indonesia
· 330 km (205 miles) SSE (168°) from Banda Aceh, Sumatra , Indonesia
· 332 km (206 miles) WNW (288°) from Sibolga, Sumatra , Indonesia
· 641 km (399 miles) W (265°) from KUALA LUMPUR, Malaysia
Location Uncertainty
Error estimate not available
Parameters
Nst=012, Nph=012, Dmin=330.5 km, Rmss=1.02 sec, Gp=108°,M-type=moment magnitude (Mw), Version=1
Source
· West Coast and Alaska Tsunami Warning Center/NOAA/NWS
Event ID
at00349491
· This event has been reviewed by a seismologist
.

Bagaikan hayat kita, Bumi pun ada kelansungan hidupnya. Bagaikan ada saat kematian kita, Bumi pun akan hancur jua.
(pegun dan gerun rasa hati ; ketar satu badan sambil menulis ini...)
Bersyukurlah kerana kita masih hidup dengan penuh nikmat. Tiap-tiap saat DIA melindungi kita dengan kemakmuran, biarpun kita leka hidup sambil terus-terusan melakukan laranganNYA.
~~~LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHA NAKA INNI KUNNTU MINADZOLIMINN~~~

12 comments:

tulipurple said...

uishh...tegak bulu roma membacanye..alhamdulillah,seme dlm lindunganNya.

Kak Elle said...

saya tak tau pun ada gempa bumi...maklum lah newspaper pun tak terbaca...hehe

Anonymous said...

Salam tulip, ya.. kalut jugak kat island waktu tu, kat sini kalau gempa di Indonesia 6 scala and above, memamg terasa gegaran nya.

Anonymous said...

kak,dah kerap sangat gempabumi sekarang ni sampai dah tak jadi isu penting lagi. Dalam paper pun berita kecil saja!
Take care, ya kak

pB said...

salam ...

bumi semakin tua ....

cikMilah said...

pb, salam kenal, terima kasih sudi berkunjung...
benarrrr...katamu.
Saya link kan pb ya.

silversarina said...

tak pernah rasa macamana gempa (harap takkan rasa ).. alhamdulillah semuanya selamat.

Anonymous said...

alhamdulillah..
kita masih diberi waktu..
semuanya selamat dan dalam lindungan-Nya..
dunia sudah semakin tua...
hampir ke hujung nyawa...
salam kak milah..I saje drop sini dari blog kak rina tadi
:)

Anonymous said...

iskk..
kak milah
bagaikan kebetulan
tak sangka pula hari yg sama gempa tu sama hari saya baca pasal 'bumi yg digoncangkan'...
tgk tarikh entry sama 20/2
Allah is great!

cikMilah said...

Salam kenal Zahila, terima kasih kerana sudi singgah. Alam adalah pentas perguruan kita, semuga Allah beri kita perlindungan dan hidayah.
MasyaALLAH.. KEBETULAN YANG SUNNGUH BERMAKNA,tentang surah Al Zalzalah yang Zahila kaji itu.

maklang said...

memang menakutkan..pernah rasa masa tsunami di aceh ari tu. ingatkan maklang yang pening, rupanya memang bumi bergoncang kuat. padahal masa tu maklang di kuantan kat tingkat 11!

cikMilah said...

masa tsunami Acheh tu tak perasan sangat sbb tak pernah rasa. Tapi goncangan kedua yang 6.9 sc.; 2 bulan selepas tu memang terasa sangat. Pukul 11.45mlm; cikMilah dah tidur sbb demam, terjaga terasa katil bergoyang dan nampak curtain bergerak kat railing. Keluar ke balcony, air dlm aquarium berkocak. Kami kejut anak lari berangkai tangan turun dari tingkat 13. Lepas inspection pukul 4 pagi baru naik semula ke rumah.
Memang gerun pengalaman tu.