Sunday, February 17, 2008

Pilihanraya: 5 perkara lalu...

1. Musim lepas, waktu meriah orang berkempen , saya pergi kenduri kahwin di daerah P**D***. Ada seorang pakcik cakap kasar dan tuding jari pada saya. Kurang faham apa dia cakap, slang dia lain skit. Salah seorang tuan rumah bagi tahu, dia marah saya orang Puteri **N0! Sebabnya? Mana dia tahu, saya pun tak tahu yang saya jadi ahli sayap itu? Kerana...saya pakai baju dan tudung pink!
>>>Laaa, kesian dia...tak apa, saya maafkan.

2. Kena marah ( lagi )dengan jiran lelaki , seorang petugas parti peneraju bila dia tanya; dan saya cakap saya tak balik kawasan mengundi. Waktu tu saya demam, anak kecil sangat dan suami di luar negara. Tak ada sesiapa tolong jaga anak kecil dan saya tak larat memandu balik kampung dan balik semula pada hari yang sama sebab tak ada pelepasan cuti. Katanya saya tidak bertanggungjawab, tak berterima kasih dan tak prihatin. Saya tanya balik, ada awak tahu susah saya, ada sesiapa dari parti awak prihatin pasal anak saya? Saya yakin benar MP kawasan saya MESTI menang. Saya pangkah BN dia menang, saya pangkah PAS pun dia menang! Kubang Pasu beb! Dia pergi tanpa menoleh.
>>> Sila bersopan santun. Jangan dijolok sarang lebah!

3. Saudara dua pupu saya orang kuat politik akar umbi. Waktu biasa kami agak rapat dan boleh bergurau. Musim begini dia jadi "lain". Musim lepas, saya bengang sebab dia sudah lebih-lebih mengutuk parti yang satu lagi dan meletakkan saya di bawah parti itu. Pandai-pandai jer...
Saya tak boleh beransur dengan orang yang suka menuduh ni, tapi tak kuasa bertekak. Jadi bila balik kampung, saya akan cari jalan, jauhi dia....
>>>Malas melayan orang taksub dan tak suka hati saya di sakiti...

4. Pergi mengundi di sekolah lama dan dapat jumpa kawan-kawan sekolah masa sekolah rendah! Sebab itu saya tak tukar alamat daftar pemilih!
>>>Alasan remeh, ha ha ha...

5. Dua orang Abang saya geram kat saya dan mereka bertekak pasal saya. ( Mereka penyokong parti berlainan! ). Adik mereka yang seorang lagi pegawai kerajaan jadi depa sama-sama mengandaikan kakak saya tu penyokong kerajaan ! Tentang saya pulak masing-masing tak dapat menangkap riak saya berpihak ke mana.
Saya pun lagilah
... senyum-senyum tarik harga...seronok tengok depa"bercekau" lepas tu minum kopi dan boleh terus bergelak ketawa!
>>>fahaman politik tidak mencarikkan pembuluh darah kami....Alfatihah untuk Aruah Mak&Bapa.

12 comments:

tulipurple said...

sib baik sy tak suka pink karer,so org tokleh kata sy pu3 **NO.ihiks'.
mcm2 perangai dan ragam bila PU ni kan sis.kami tgh fenin nie,hubby undi di bagan,sy lak di kl.tak dan nk tukaq aritu....haruuuuu.

Kak Elle said...

cikmilah typical lah masa nak musim mengundi ni kan?macam kerena bolih tengok depan mata:)

maklang said...

hari ni maklang pakai biru ~ biru segala2nya...

besok nak pakai pink ke merah ke...

Lusa nak pakai baju hijau dan putih pulak..

Tulat nak pakai merah hitam pulak..

Allah dah bagi kaler bermacam warna, apasal pulak nak anti2 ni...pelik betul perangai manusia ni kan..

idham said...

cikmilah...

saya ada banyak kalaer gak...macam rainbow gitu...tapi kaler yang saya paling suka ialah kaler ungu. bilik tidur pun kaler ungu...

eh, mungkin saya silap topik...

*mengundi di taman melati*
sudah di semah dalam internet.

Idham

cikMilah said...

Salam tulip,
eh, macam nak raya la pulak. Apa kata u pegi awal jadi 1st voter kat sana, lepas tu, zooom ikut cik hubby balik ke bagan..malam tu boleh kira undi dengan Paklah, he he he...

cikMilah said...

benar dan betul kakelle
yang jelik dan pelik semua ado! Sabor jer lah!

cikMilah said...

Hidup kita berwarna warni, kan Maklang. Adat manusia, saja yang tidak betul pada orang lain dan tak puas hati pada diri sendiri. Kita hidup dalam masyarakat berbagai usia dan tahap pendidikan, kenalah menerima segala rendah, kan.

Abg Id,
ungu bukan sebarang ungu
ungu kamar mengulit mimpi
tunggu tidak abang tak tunggu
bawa kakLil balik, kita mengundi...

cikMilah said...

maklang, typo error tu...
"kenalah menerima segala rentak"! he he he, laju ajer menaip....kan dah terkucil!

silversarina said...

kelakar pulak marah-marah orang pakai kaler apa...hak kita lah nak pakai warna apa dan undi apa... bila musim ni semua naik tocang... tak demokrasi langsung .

cikMilah said...

Kak Rina,mula2 tu rasa kelakar, tapi ngeri jugak! Waktu macam ni, selalu ada pembakar semangat warna, tak leh tengok warna berlawanan, darah naik, he he he.
Kita buat tak tahu saja.....

ZLAA said...

So Cikmilah, tahun ni mengundi tak? Tapi, very bad-lah bab color-color ni. Dulu I tinggal sekejap kat negeri Perlis. Habis semua masjid tu nak dicatkan dengan color biru. I suka kalau masjid color coklat muda atau very-very light green. Dengan color pun nak taasub.. Apa da...

cikMilah said...

InsyaAllah, akan balik mengundi, lagipun cuti sekolah bermula pada hari yang sama.. sambil menyelam minum air.. he he he.
Ragam manusia bemacam warna, kan!