Sunday, February 24, 2008

Makan-makan lagi baik...

Petang Jumaat saya kurang sihat, tapi tak boleh tidur awal. Bingit dengar orang berkempen parti mereka di lokasi urusetia berhampiran rumah! Teringin nak makan tapi tawar saja mulut rasanya. Saya bangun buat Cheesecuits - biskut badam yang saya tambahkan 2 jenis keju dan beri nama baru. Nampak pula jem yang dah lama dalam peti ais dah naik bersakar gula, saya buat lagi Tat Jem gulung. Sudahnya orang berkempen sudah sunyi sepi saya masih tersengguk-sengguk menunggu oven sambil update blog masak! Sudi-sudikan...

Resepinya di My Kitchen Tales. Sarapan pagi Sabtu, saya goreng mihun ringkas, letak di balkoni.Selepas sarapan mihun goreng Singapore, kami bertolak jalan-jalan tengok kawasan! "Panas" di sini, balik kampung lagi best. Malam tadi merancang balik kampung saya nak mencari sayur kampung tapi , ahh.. saya malas nak masak. Jadi tukar haluan ke rumah mak mertua. Kami telefon ibu mertua beritahu kami akan bawa balik makanan, jadi mak tak payah masak. Sampai di AS kami singgah di di kedai kesukaan dan saya memborong ikan keli bakar, daging bakar, asam pedas batang keladi, kerabu perut lembu, somtam, sambal kerang, gulai ayam kampung... Maaalas menumbuk cili, sambal belacan dan ulam-ulam pun saya beli ....he he he, menantu mithali, tak nak masak , pergi beli! Jumlah semua RM 32.00 sahaja! Boleh tahan tapi tekak saya macam tak puas... cubit sikit saja. Alih-alih masak lemak telur itik yang mak masak juga saya ratah!

Selesai bab makan dan lepak-lepak, kami bertolak pulang selepas asar. Sepanjang lebuhraya kami seronok tengok rentak bendera dan sepanduk yang bercerita tentang janji dan harap! Sepupu saya datang ambil kek coklat dan kek lobak merah yang di pesan isterinya. Melompat anak-anak saya bila tahu Pak Ndak nak datang dan nak ajak makan malam, mahu tak mahu saya masak juga udang , ikan dan sayur yang dah nak beranak pinak dalam peti ais! Jom makan
ikan percik saya cedok resepi kakHanieliza


sup sayur & masak lemak cili api udang dengan cendawan tiram
ini kek lobak merah nya. Pun ada resepi di My Kitchen Tales

Tekak masih kepingin yang masam-masam, cik Abang tolong rebuskan ikan bila saya cakap nak makan laksa esok! Saya ke pasar pagi Ahad beli soto untuk sarapan pagi dan mencari ulam laksa. Sepagi memproses Laksa Kedah siap dengan sambai nyoq. Masak juga nasi dan kari ikan sebab dalam rumah ni ada orang yang tak lengkap harinya kalau tak makan nasi!

19 comments:

Kak Elle said...

saya harap cikmilah dah sihat nampak macam byk bloggers yg terkena viral infection.

sakit2 pun byk juga juadah yg di buat ye?carrot cake tu nampak cantik dan sedap:)

Anonymous said...

makk aiii
kak milahh terliur tau saya menengok gambo
kuih tat:D
ikan percik:D
udang masak lemak:D

rindu betul nak makan tat kt malaysia...
kak milah tak nak jemput sy makan sekali ker? kekekeke...
dulu mak dh suruh belajar masak..
degil x nakk...baru padan muka sekarang... kehkehkeh!!!!
k milah sy link blog..

ells^aiRiN said...

mmm..sodap nyerrr!

Ummi said...

hmmm sedapnya

Anonymous said...

Salam CikMilah,

Terbuka selera saya...nikmatnya kalau semua tu boleh saya makan lani.
-Faruha-

tulipurple said...

uishh...tekak seme tak kene jer..nak masham masham jer...ada 'isi' ka sis?hehe

cikMilah said...

Alhamdulillah feeling better now after good good sleep and ample rest. Kat rumah ni orang tengah membesar, ramai orang nak makan kakElle, dan masak pun satu theraphy jugak... especially bila semuanya licin...

cikMilah said...

Salam Zahila, jemput-jemput..kalau dok dekat bestnya kan.
Buat tart ni leceh, so bila rasa nak tu, buat terus. Dan lega dah tak ada lebihan jem kat frez!
CikMilah pun degil camtu dulu; then pi belajar US,baru belajar masak. Zahila kat Riyadh lagi best kan, leh venture makanan Arab lagi...

cikMilah said...

Shuhaila...mai makan meh!balik mengundi tak? Jom kita balik mengundi dan cari jantung pisang wat kerabu, nak? Tak care and love always.
-MakSu.

cikMilah said...

Ummi,sedap tapi tak de selera nak makan, tension kan?

Faruha, kesian mengenangkan orang Nagoya sorang ni...tak pa, dah nak balik kan. Nanti mai balik jalan-jalan kat Kedah /Penang, jom kita menjamu selera...

cikMilah said...

Adik tulipppp, kalau ada isi alangkah bestnya! Berisi adalah..
kurang selera sekarng ni, hopefully can shed off few grams.. he he he

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Cik Milah,

Seronok tengok masakan Cik Milah..Belumpun lagi merasainya!

Begitulah apabila anak-anak masih ada di rumah.

Saya dan suami sudah lama tinggal berdua sahaja. yang sulong sudah berkeluarga dan tinggal jauh di negei lain, yang kecil sekali pula - di perantauan. Jadi, bab memasak - tersangat ringkas. Seperti ikan kembung rebus (buat sendiri), atau bakar sahaja.. Air asam mesti ada, sayur dicelur...(atau apa-apa hidangan yang sewaktu dengannya..)

Moga Allah merahmati CikMilah sekeluarga...Amin

Wasalam,

PS. Ada terima sms saya?

silversarina said...

Alahai sedapnya makanan kat sini, jem tart tu memang my favourite.. rajin betul sampai tengah malam menunggu oven ... agaknya panas lagi dapur cikmilah dari kempen party tu :)

ells^aiRiN said...

ngundi wajib balik!!
haaa jom,bleh la nak merawat hati terluka neh huhuuu..

cikMilah said...

Panas membahang ke setiap ceruk, KakRina... he he he. Sama lah kita, jem tart is my all time favorite too!

cikMilah said...

Shu, (?)Pullok doh! meh balik mai, ubat banyak kat sini.. ha ha ha

Unknown said...

cikmilah.....mungkin sbb dok jauh kut...tapi saya nampak semua tu sedapppppppppppppppp......
especially laksa!!!

idham

cikMilah said...

Abg Id, laksa memang sedap musim panas-panas begini. he he heh

maklang said...

sedapnya kek itu...