Monday, February 11, 2008

Santai

Cuti empat hari cukup enak. Dah lama tak berkesempatan masak pelan-pelan, makan tenang-tenang dan rehat cukup-cukup. Tak ada yang isimewa tapi puas , seronok dan santai dengan suami dan anak-anak.
Beberapa hal yang mencuit hati saya.
Dah lama tak naik feri, pukul tujuh pagi kami antara yang terawal menghirup udara pagi sambil ambil gambar ini.
Kami makan tosei dan roti canai, tiba-tiba terperasan seseorang, macam kenal sebab hampir tiap-tiap hari saya baca blog dia yang selalu ada gambar. Segan nak tegur lelaki itu sebab saya dengan anak-anak saja. Petang nya saya baca entri dia katanya dia berada di Penang.....he he he.. sah la tu..

Menonton tayangan pagi - tak ramai orang....kali ini giliran saya temankan anak-anak dan kawan mereka tengok wayang..Kemudian main bowling dengan mereka, banyaknya bola masuk longkang sampai jem - alat angkat pin tu tak boleh bergerak. Tinggal 2-3 round, dah boring menanti servis (katanya 5minit, tapi dah dekat 15 minit belum OK) dan dah masuk waktu zohor , kami pun dermakan saja baki pusingan pada beberapa 4 orang yang duduk di anak tangga di belakang kami. Dari tadi terdengar mereka bertepuk tangan bila kami buat strike. Dia pun tak kisah saja menyambung permainan.
Pi mai pi mai tang tu, petang nya ada orang tegur kami di padang joging sambil berterima kasih tak habis-habis pasal bowling tadi! Student UiTM tinggal berjiran rupanya!

Ronda-ronda makan angin sambil cari cendul pulut dan pulut udang bakar. Oh meriah nya jalanraya dan jalan kampung dengan bendera hijau, biru tua dan biru muda. Lain kali kena bawak kamera! Antara nya, Permatang Pauh warna biru muda, Kampung Batu tetap hijau, dan Seberang Jaya kekal biru tua. Terus ke Kulim mencari Nasi AyamPeriuk Besar. Dalam hijau-hijau terselit biru tua yang dominan di Merbau Pulas....oooo Azimi Daim!
Yeay... perang bendera dan poster dah bermula.
( Ammer merungut, nanti lepas ni habis sepah jadi sampah..banyak pokok dah kena tebang buat kertas ni...) See a different point of view about election from an 8 year old kid?

Penang Bridge sesak bagai nak gila! Kami pusing balik dan memandu ke kampung jauh di Kuala Ketil, ( errr... warna biru tua dan hijau sama banyak!)
Minum teh kosong dengan pakcik sambil dengar dia berleter.. bagus jugak. Cuma tak selesa ziarah orang tua pakai jeans.

Adik nak makan mee goreng mamak pokok ceri, katanya "sedap giler". Tok Abah kawan baik nya belanja makan di situ. Walaupun dah lama menetap di sini tapi kami tak pernah tahu. Betul dan benar. Lokasinya di food court depan Mesjid Jamek Seberang Jaya, gerai paling hujung...
Memang lain dari yang lain, cukup pedas, manis, masin bersalut kuah yang tak berapa basah!
ABC nya pun sedap. Tapi tengok harganya ...RM 2.80 semangkuk. Terkezut! Bila makan baru tahu.. lega kan dengan kismis, pala, kacang, sagu, aiskrim, secukup rasa.

12 comments:

Kak Elle said...

best JJ .. hari kelepasan ni mana2 semua nya bad traffic kan?...ah habis buat bag cenderahati tu ke?

cikMilah said...

betul tu kakElle, sbb tu kita ambik option ronda-ronda kat kampung, rileks jer. Beg cepat jer siapnya sbb gang kan ada kat rumah!
:)))

FaRuHa said...

Salam CikMilah,

Boleh saya teka..tentu CikMilah nampak prof. MKI kan? Agaknya kalau beliau tahu tentu beliau kata 'Awat tak tegoq?'..

Dulu-dulu masa sekolah rendah family saya selalu jalan-jalan ke Penang, waktu kami tinggal di Kedah.

ZLAA said...

Perang poster dah mula? Wah..saya ketinggalan ni.. Agak-agak bila nak pilihanraya?

cikMilah said...

Salam Faruha,
:) betul lah tu... tapi chek malu.. hi hi hi.
Ooo, pernah dok Kedah! Nanti balik M'sia jomm jalan-jalan sini.

cikMilah said...

Rasanya semua orang dah on gear, tapi mimpi PM belum menampakkan tarikhnya pada kita... ha ha ha.

silversarina said...

Cantik gambar-gambar ni...... satu malaysia jam cuti baru ni..sure sedap tosei penang tu :)

cikMilah said...

Gambar tu kat pengkalan feri. Nanti KakRina mai Penang kita belanja tosei dan nasi kandaq...kay.

Ummi said...

cikmilah duk kat pulau ke kat darat. Eh dah lama tak gi penang. Tapi kalau cuti sekolah mesti packkan. Last pergi in 1999.

cikMilah said...

Kat darat! Nothing much changes kot, maybe Lebuhraya Pesisir Pantai is new with the longest shopping mall in Malaysia, Queensbay. Cantik pemandangan dari hiway tu - mengadap ke Jerejak Resort and Spa. Nice place. Sebelah Bt Feringhi, tak banyak beruabh. Tarikan terbaru ialah taman negara terkecil di dunia kat Pantai Acheh!
Kalau cuti memang pack! Mai la...

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Cik Milah,

Terima kasih sudi menyinggah.

Rumah Cik Milah ini pun apa kurang cantiknya...

Mesti suka 'gardening' bukan? Jika ya, maka seperti sayalah juga..

Pulau Pinang..ehm..nostalgik sekali..tempat saya dilahirkan dan membesar, sekolah, ke Seremban, ke U.K., kemudian kembali bertugas di USM Minden, sebelum berpindah ke Perak dan balik semula ke Nibong Tebal..

Banyak kenangan manis..terutamanya di Bukit Bendera, Kampung Baru, Air Itam dan Berek Polis Jalan Patani (almarhum ayah polis zaman dahulu)...semua sebenarnya dikongsikan dalam buku saya 'Seungu Lavendar'.

Lain kali, saya menyinggah lagi. Dan Cik Milah, jemput datang lagi ke blog saya, ya?

Wasalam.

cikMilah said...

Terima kasih kakUmmi sudi berkunjung balas. InsyaALLAH kita tamu bertamu. Bukannya jauh pun Seberang Jaya dengan Nibong Tebal ni...Saya dok mencari buku2 tu - sesuai untuk anak gadis saya kiranya!