Saturday, February 14, 2009

Bunga Melur

Dalam bersahabat, saya ingin menjadi bunga melur.
Memutih, mewangi dan menyembuh.
Bunga melur hanya berwarna putih tidak seperti bunga-bunga lain yang senama tapi punya warna yang berbagai. Barangkali ia dijadikan sedemikian untuk jadi lambang pernyataan hati yang bersih, ikhlas dan tulus.

Sepanjang riwayatnya dari kudup, sewaktu kembang mekar hinggalah menjadi bunga kering,bunga melur tetap wangi. Bunga melur berbau sangat harum terutama pada waktu malam dan ia mekar sepanjang tahun dihalaman saya. Bila berpindah dari rumah mak, saya bawa sepasu pokok bunga melur. Sewaktu anak-anak kecil masih dulu, saya kerap gunakan daun dan bunga untuk menjaram kepala anak demam dan mengubat mata saya yang selalu kena sakit mata merah. Aruah bapa meletakkan bunga melur yang diramas hancur pada bekas gigitan tebuan atau lebah, katanya untuk menghilangkan bisa dan bengkak. Aruah mak menyediakan air daun dan bunganya yang diramas dalam air untuk membasahkan kepala bagi menghilangkan pening kepala waktu saya mengandung sulung.

Kudup melur cukup berkhidmat pada upacara perkahwinan apa jua bangsa ; menjadi bunga rampai, bunga manggar, menghias sirih junjung, melilit sanggul anak dara dan mak dara....Melur susun kelapa pecah lima kelopaknya sering mendapat tempat dalam rawatan tradisi orang Melayu dan bunga wajib dalam upacara agama Hindu. Dan bunga melur cina amat harum dan dinyanyikan sebagai lagu rakyat berbuai.
Ayun laju-laju
sampai hujung sana
apa dalam baju
sekuntum bunga cina

Adat bunga akan layu dan kering. Biar pun begitu melur tetap harum dan ia di jadikan asas minuman teh melur yang lembut perisanya dan wangi aromanya. Semuga melur jadi petanda sebuah persahabatan yang luhur.

13 comments:

IKHWANI said...

Masya'Allah! cantik betul gambar bunga melur ni....masih ingat masa kecik2 dulu, ada pokok bunga melur atau melati ni di perkarangan rumah arwah nenek, dia akan ambik kudup bunga dan cucuk macam rantai lepas tu di lipat dalam telekung selepas solat...bila ke surau di buka jer telekung nya...harumnya hingga memenuhi ruang solat..cukup pakai bunga melor, tak perlu perfume!

Kak Elle said...

cikmilah kalau bolih saya pun ingin menjadi bunga melur.
Memutih, mewangi dan menyembuh...

seandai kalau saya pilih sahabat melur lah yang jadi pilihan saya.

cikMilah said...

Salam OO, semua gambar saya ciplak dari KECUALI SATU !
Memang wangi.. cuba ambil segenggam letak dalam kereta.. hmmmmm...

Neeza Shahril said...

neeza suka bunga melur.. warna dan harumannya tapi kalau malam2, neeza takutt... heehe..
suci sungguh simelur tu kan kak.. mewangi dan menyembuh.. banyak jasa pada orang..

Tie said...

Tie suka sangat bunga melur tu...ada tanam kat rumah. Bila berbunga, wangi betul....

Ibnurashidi said...

Salam MakcikMilah...

Bunga kemboja dengan bunga melur sama tak?

Yang wangi2 atas kubur itu bunga apa ya?

Mak saya selalu letakkan bunga melur di dalam minyak kelapa..jadikan minyak rambut.

cikMilah said...

KakElle, segalanya bermula dengan niat, InsyaAllah.

cikMilah said...

Takut apa tu Ja?.. hahaha

Tie,
bunga ni eksotik kan..tenang kita jadinya..

cikMilah said...

Salam Farid,
bunga melur dan kemboja tak san.. Mmg makcik merancang entri tentang bunga kemboja.

tulipurple said...

moga sy dpt jadi sahabat seperti bg melur.sy pun ada tanam pkk bg melur dfepan umah.wangiii
kreatif lah sis nie...

cendawanintim said...

tingat pada arwah nenek yang selalu meletakkan melur pada lipatan kain sembahyang, dan jugak lam minyak kelapa tuk disapu pada rambut...

MAMAMIA said...

Suka bau dia... Kalau ke rumah Mak, kadang2 ada beberapa kuntum bunga melur ni mak letak atas meja, tak sure pulak dari mana mak ambik..

Nong said...

Masa muda2 dulu, mak kak nong suka letak bunga melur dalam kain telekong. Kalau dia solat waktu tengah malam, bau wangi sangat. Seram....he he...