Sehari dua ini saya teringin makanan pedas. Bukan pedas biasa tapi pedas yang berlebihan. Tah la pasai apa pun tak tau. Nak kata mengidam, ishhh... dak kot...Saja suka. Kalau buat sambal belacan tu, sama banyak cilipadi campur dengan cili merah, letak belacan bakar banyak sikit, gula sikit, garam kasar dah tu tumbuk lesung.. perghhhhh...Lepas tu perahkan air limau nipis, duhhhh...pekena dengan ulam apa pun laju saja makan dengan nasi putih. Panas pedas sampai ke telinga...
Masa mengidam pedas tu, ym dengan KakElle dia ajak makan bakso. Hah, bagus sangat, sambil ym saya merebus daging buat stok! KakElle ajar buat sambal cili guna cili merah dan ciliapi direbus sekali lepas tu tumbuk dan bubuh garam.... Sedapp woo, cik abang kata bagus sambal ni, pasai cabai dah masak, InsyaAllah tak pedih perut. Licin licau bakso malam tu; tak sempat nak snap gambar pun.. Pedas sambal cili menambah sedap bakso. Menyengat!
Bagi setengah kita kalau tak ada pedas, tak selera makan. Saya bukanlah dari golongan yang baginya lagi pedas lagi sedap. Hanya sesekali nak makan pedas yang pedasnya menyengat. Lagipun cili ada gizi pemakanan juga...saya petik dari info FAMA.
Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum yang berasal dari keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun.Ia mengeluarkan bunga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun.Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium.Is masih dikategorikan sebagai sayuran dan dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong.Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis. Sumber yang lain menyatakan cili ataupun cabai mempunyai khasiat yang tersendiri, dipercayai dapat membantu melancarkan peredaran darah, mengaktifkan denyutan jantung selain mengeluarkan gas dari saluran pencernaan. ( sumber FAMA)
Selain khasiat buahnya, daun cili juga ada gunanya dalam perubatan tradisional. Bagi yang mengalami sakit perut, daun cili boleh digunakan dengan menumbuknya halus dan mencampurkanya dengan sedikit kapur sirih dan ditampalkan pada bahagian sakit.
Begitu juga pada anak kecil yang menghadapai masalah kecacingan. Saya masih ingat waktu Alia dan Amalina masih kecil, kalau balik kampung dan mak tengok cucu tak selera makan, kata mak, anak ni kena cacing. Aruah mak ambil segenggam dua daun cili api, diramas dalam air kemudian akan siramkan pada jirusan terakhir mandian mereka. Cuma jiruskan dari tengkok ke bawah...jangan tanya kenapa tak kena pada kepala. Tak teringat pulak nak bertanya pada waktu itu. Kesannya, selera makan anak-anak pulih...
OK , berbalik pada selera pedas ni, malam semalam nak pedas jugak. Ada kerapu seekor, saya buatkan goreng sambal cili ala Thai, sambal cilinya bercampur petai yang di hiris halus. Habis sekor kerapu kami kerjakan berdua ... Bukan ikannya saja, kuah lemak cili api udang dengan belimbing buluh pun pedas juga, tapi tahap "mild" saja lah...hehe.. kesiankan anak!
Makan pedas ni kena beringat jugak. Kadang-kadang perut memulas kerana banyak makan terlalu pedas ataupun berpunca dari ramuan cili yang tak cukup masaknya. Dah dua hari makan pedas,belum puas rasanya. Lepas hantar anak ke sekolah pagi tadi, terus ke Pasar Seberang Jaya. Cari soto MakNjang. Sapa-sapa yang mai kot sini, cuba lah soto ni..Sedap.. original. MakNjang ni orang selatan dari gaya cakap dia tu. Gerai dia kat pintu masuk dari tempat letak kereta, dekat Mami Roti canai. Jom..pekena! Sambal cili dia, memang power. Ini kira last la kot untuk "cycle pedas " kali ni...kesian kat perut!
Monday, February 16, 2009
Pedas Menyengat
Posted by cikMilah at 2/16/2009 09:35:00 AM
Labels: Cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
meleleh air liur baca entry ni..sambal belacan, bakso n gambar2 tu..dapur rumah saya ni sejak jumaat 2 minggu sudah hanya berasap sebab masak air...teruk betul..now dah mula batuk, selsema pulak..lagila tak larat.
maybe hari ni saya kena berasapkan dapur saya..goreng ikan n buat sambal belacan...pun jadilah kot..
dunno tak nampak pulak gambar2 tu kekadang blogger ni buat angin...
sedapkan cili bakso tukan?
lupa u letak bawang putih tak?
adehhhhh, dah la tak bekfas lagik ni..uwaaaaaaa..
saya kekadang kalu over pedas, tiba2 kulit kepala jadi gatal..tapi kena jaga2 sebab ada tonsil..
Cik Milah...
Akak kalau buat lemak cili padi...menyengat...adik ipar yg asal orang negori pun tak berani makan...
Kalau sambal belacan mesti nak tambah cili padi...lagi pedas lagik sedap...last2 kene sengat kat telinga...berdesing dibuatnya
Tapi sekarang ni perut akak dah tak tahan dah kalau makan cili padi tu...so kene makan sesekali je...kalau selalu...nanti lain masalah pulak...hehehhe
Psst...cik milah...soto tu mengundang rasa lapar lah pulak...hehehhe
Laparnyerrrrrrrrr...
aduh...sini makan tak sedap, tapi tak sedap2 pon, saya dha makin gemuk...hahahaha..adakah tensen sebab makan tak sedap sebab tuh makan banyak? sungguh tak logic...
kecur air liur saya, ishk..ni yang nak balik sangat nih! aduh!
semlm tak nampak pic pun dah tangkap leleh...arinie dah nampak lagi ler..meleleh-leleh..yummy!sy mmg suka pedas..tp,sejak kawin kurang skit sbb ikut selera cik abg.
bila lg ek dpt rasa air tgn sis...sheedap!
blog akak ni kan selalu lambat keluar update di blog neeza.. problem timing kot..
neeza and husband memang tak berapa selera makan kalau tak pedas.. kat sini kami dah pandai makan cili api gigit gitu aje.. dulu tak pernah try.
makan nasi arab, memang ada ulam cili hidup.. sedap.. hehehee..
Abang long kalau kena pedas macam ni ... alamatnya atau addressnya ... ke -
Post a Comment