Wednesday, June 3, 2009

Bahaya wooooo...

Petang semalam.
Kakak telefon: Mama..dapur kita berbau gas la...
Saya: ya ka...simpan semua gas starter,lighter, mancis ke.. jauh-jauh, jangan bagi adik-adik main kat dapur. Buka tingkap dapur dan pintu belakang. Jangan cuba main api. Ammer dengan Adik ada kat mana?
Kakak: Adik ngan Ammer gi swimming.
Saya: OK, Mama balik sekarang.

Sampai di rumah...
Laa.. satu knop dapur tak di offkan. Penunjuk nya pada angka kosong!
Bahaya wooohh...

Sapa la punya kerja, kalau jadi macam ni, sapa pun tak mengaku...
Saya diam kan dulu.. kalau berbunyi nanti bersembur marah.
Bahaya woooh.. kalau saya mula marah , susah nak berhenti berleter!

Pagi ini; saya masak dan tutup paip saluran gas, sembunyikan semua pemetik api, gas starter, mancis di tempat yang tak mungkin di jumpai.

Pagi tadi:
Saya kelamkabut bila satu vendor lambat dari appointment; satu vendor datang tanpa appointment dan kena chair satu meeting dengan satu kumpulan vendor. Ketiga-tiga mereka datang SERENTAK pada waktu yang sama.
Saya tackel (1) yang dtg tanpa appoinment sebab urusan dia agak kritikal. 5 minit dan bila dia balik, saya kumpulkan kumpulan ketiga dalam bilik mesyuarat, minta tangguh 3 minit; dan pergi jumpa vendor yang lewat. Bertalu dia minta maaf. Saya bagi satu saja pilihan. Tunggu saya selesai meeting atau datang lain kali. Padan muka sapa suruh lewat dan tak telefon bagi tau akan sampai lewat. Kelat muka mamat tu dalam senyum sumbing.
Bahaya wooo, nanti kalau saya nak minta dia supply barang, dan dia jual mahal , camana?

Waktu meeting denagn kumpulan 3, panggilan semulajadi saya tahan sebab tak nak lengahkan waktu mereka yang dah 8 minit saya curi tadi. Bila engineer ambil alih dari saya, saya ke rest room.
Eh, kenapa lain sikit hari ni..
Toleh kanan , nampak ...
ALAMAK
tandas lelaki....

Bahaya woooohhh
Lari keluar
Catherine kebetulan lalu, saya menerpa peluk dia.
hey.. what had happened to you...
kami ketawa....sampai berair mata.
nasib baik tak ada orang lelaki kat luar ruang ini. Nasib naik tak ada lelaki kat dalam tadi...

huhuhu.. terketar ketar saya...
Bahaya wooooh....

Terus tak jadi qadha hajat!
Bahaya wooohhhh...toksid terkumpul dalam sistem,tak bagus untuk tubuh badan kan...Bahaya wooohhh...

10 comments:

Kak Elle said...

bahaya woo kalau tak tutup betul2 tu kan?sape lah agak nya ye...hehe

Saya pernah tersalah masuk ke tandas lelaki bila keluar perasan kenapa apek tu tengok kan aiyo bila pandang aiyo men's toilet ... malu woh..

aNIe said...

Cik Milah...semua kejadian tu memang bahaya...tapi yang paling bahaya kejadian pertama...yang lain tu rasanya kalau jadi selalu baru bahaya...hehehhe

Anonymous said...

alamak....mmg bahaya nih....tapi ALhamdulillah tak jadi apa-apa...
I can imagine kalau yg last tu...bila you masuk ada orang lelaki kat dalam sedang ....jeng...jeng...jeng.. tentu menjerit terkezut!!! hehehe

cikMilah said...

KakElle,
tu yang buat saya risau bila anak-anak tinggal sendirian kat rumah...Nauzubillah. Lepas ni saya keluar rumah kena offkan gas!

Malu sendiri kan.. nasib saya baik sebab tak ada orang kat dalam tu.. kalau takk... tak leh imagine...

cikMilah said...

Kak Anie, penat kita melayan peristiwa-peristiwa bahaya ni... hehehe

cikMilah said...

Anon,
orang tu yang terkejut kot. I selamba jer....kahkahkah!

Neeza Shahril said...

so far, neeza tak pernah tersalah masuk lagi..
tapi pernah terserempak dengan lelaki yang lambat keluar masa orang pompuan dah penuh dalam toilet..
dengan tunduknya, dia keluar.. hehee..

cikMilah said...

Ja, awat lelaki tu silap masuk, then malu nak keluar dan kurung diri ka?
Kalau betul2 silap OK< tapi kalu dia saja-saja buat-buta silap;bahaya wooo....

Farid Rashidi said...

Salam,

Bahaya wooo..kelakar juga bunyinya. Apapun hati-hati ya. :)

Tak tukar link lagike makcik milah?

Farid Rashidi said...

Salam,

Bahaya wooo...macam kelakarla pula bunyinya. Apapun hati-hati ya..

Tak tukar link blog saya lagi ke makcik milah?