Rasa dah lama diam dan jauh dari dunia blogging. Saya masih di sini. Blog hopped, tapi tak lah merayap jauh...
Sibuk.
Sukar untuk keluar dari kesibukan kerja dan kesibukan di rumah. Hidup antara dua dunia yang sama berat tuntutannya ; lansung tersepit dalam impian sendiri yang jarang tercapai tangan. Impian saya untuk punya lebih waktu untuk diri sendiri.
Impian saya nak menulis tiap-tiap hari. Banyak idea dalam kepala.
Impian hujung minggu hanyalah untuk berehat panjang. Saya mahu buat perkara harian yang tak sempat saya buat pada hari-hari kerja. Antaranya baca maasurat, ( maasurat hanya pada hujung minggu, teruk kan!) sediakan sarapan istimewa, kemas rumah sebelum matahari naik, ampai baju sebelum matahari naik, bercakap dengan pokok tanaman, pergi aerobik dan pergi pasar basah. Simple kan, not stressful at all. No rushing at all. Berpeluh kuyup lagi. Berpeluh memang merimaskan tapi I feel good about it.
Bila selesai masak, saya hanya mahu lepak dalam rumah.- as simple as that! Banyak benda yang saya nak buat masa lepak ni...Macam-macam impian saya, nak buat itu dan ini, nak miliki itu dan ini. Tapi yang saya dapat ialah buat itu tanpa dapat yang ini! Pendekata, saya tk pernah dapat penuhi semua impian sendiri; walaupun tak perlu orang lain untuk realisasikan impian itu. Di penghujung hari saya masih juga terkebil-kebil sebelum mata lelap, menghitung diri, apa yang aku buat hari ini tak sepenuhnya macam yang aku rancang semalam!
Sebabnya, ( alasan kotttt...) ada perkara lain yg perlu didulukan. Bukan tak mampu buat untuk mencapai impian sendiri. Jika saya mahu, dengan izin Allah saya pasti jadikan ia satu kenyataan. Namun, berbaloikan kita mementingkan impian sendiri padahal dalam hidup kita juga perlu merealisasikan impian orang lain terhadap kita, terutama impian insan-insan tersayang. Bukanlah mampu untuk menyenangkan hati semua orang, tapi sekadar terdaya buat apa yang di minta. Berbuat sesuatu yang diminta anak-anak misalnya seperti yang dilakukan ibu ini hingga malam menjelang pagi ialah sesuatu yang mungkin dapat menggembirakan hati anaknya dan memenuhi impian anak manis itu, sekaligus ibu juga puas dan happy. Betul tak Ummi?
Mungkin tak semua impian tercapai, tapi bila dapat mengecap hidup , merasa bahagia,membahagiakan insan-insan lain, melihat anak-anak ketawa gembira, suami senyum mesra, hidup rasa lapang dan puas. Syukur.
Begitupun, ini bukan alasan untuk tidak berusaha mencapai impian, sekadar memujuk diri, lebih pada menyedarkan diri bahawa kita ini milik DIA, urusan hidup adalah dengan izinNya, kerana yang kita cari adalah bahagia dan redhaNYA.
Monday, June 29, 2009
Impian
Posted by cikMilah at 6/29/2009 06:53:00 PM
Labels: Santai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
menitis airmata ini lg membaca tulisan yg ini....entah kenapa hati ku terusik sungguh..uhuks'.(nak2 tang maathurat tu..skrang sy on cd,ikut baca sekali sambil2 wat keje umah..ngelatkan )
tq sis..mmuahhh!
milah...saya ni walau pun tak bekerja spt kamu tapi masih tak punya waktu untuk diri sendiri...dari isnin hg ke ahad ada saja bende nak di buat untuk orang lain...sampai kadang kadang saya pun teringin untuk pergi spa macam orang lain atau pi berjumpa kengkawan untuk lepak dan ketawa....kita ni macam lilin saja...nak menerangi orang lain walau pun diri panas terbakar...apa lagi kalau tak da orang nak appreciate kerja kita ni...sedih tau!
salam cik milah. Ni kpah datang balas lawatan. Tak de kopi ke...hehe
Cik Milah.. ada kala apa yg kita rancang tak menjadi tapi asalkan kita berbuat sesuatu yg baik dan bukan yg salah.... tapi berusaha ke arah lebih baik. InsyaAllah akan ada kelapangan masa akan dtg,
bagitu lah kehidupan penuh dengan cabaran dan kesibukan...
Cik Milah...orang kata kerja sebagai surirumah tak pernah ada penghujungnya...apa lagi bagi isteri dan ibu yang bekerja seperti cik Milah...semuanya terpaksa diuruskan...
Tapi...seperti kata cik milah...membuat sesuatu yang mampu membahagiakan org2 tersayang disekeliling kita satu kepuasan...
betul tu cikmilah..janji orang lain happy, cikmilah pun begitu jugakkan.
Walaupun impian tak tercapai sepenuhnya namun apa yang cikmilah lakukan adalah lebih bagus lagi sebab dapat dimanfaatkan oleh semua ahli keluarga .
Akak yang dah lama jadi surirumah memang selalu ambik jalan mudah sebab akak yang manager di rumah, kalau rasa nak relax, akak relax, buat tak kisah kalau rumah tak habis kemas pun, nak tunggu kerja beres semua memang takkan habis.Sekarang ni baru boleh relax sikit sebab tinggal 2 orang je anak2 di rumah,kalau dulu memang adakalanya nak menjerit dibuatnya , tak punya waktu untuk diri sendiri.
ini lah lumrah dunia cikmilah kalau kita bekerja mmg susah nak urus segala nya saya dah tutup mata bila nampak rumah tak terkemas skg..badan dah tak larat lagi biarkan lah esok saya buat tapi esok akan menjadi esok lagi...
insya'allah impian akan jadi kenyataan satu hari...take one day at a time and take care and a hug from me to u:)
salam ziarah sis! nice blog.. :)
semoga impian itu akan dimakmulkan, cepat atau lambat hari itu akan tiba juga
ala.. Wawa janganla nangishhhh...Nangis sebab Al-Ma'thurat tak pa...
Kak Ezza, sabar kak, ..masih ada yang sayang.. cuma kita ni yng naik meroyan kalau dah terlampau letih kan...kan?
Salam KakPah.. ahlan wasahlan...jom , kopi kat dapur...hehehe, mai lagi na...
Sya, satu hari kena jugak buat hal sendiri, kalau tak projek terbengkalai...hehehehe
Zino, kalau zibuk memanjang pun , tak do makno eeiiii...loteh den.. hahahaha!
betul tu Kak Anie, happy tengok keluarga happy.. tapi.. cikMilah letih laaaaa.....
Ummi, kita pun nak happy gak kan...sebab tu sesekali nak minta off day.. mummy's day out...
KakRina, thanks for the words of confort....
kalau byk masa lepak , susah jugak , kakkkk ....
salam kak...
ceq balas visit rumah akak pulak..cerita pasal impain ni..semua org ada banyak impian..antara berjaya or tak berjaya capai je.. ce ni pun selalu jer terkejar2 hari2..kdg2 bila malam nk tidur rasa regret pasal tak sempat nk spend good quality time dgn anak2..so impian ceq lepas ni nak spend more time dgn anak2 waktu malam..tapi kurangla time nak berblogging pulak...
thanks for dropping by, Ummi Mishk
Walaupun kak nong bekerja, dapat merasai betapa busynye menjadi full time house wife esp jika ada anak2 masih memerlukan kita.
Your day will come when you will pursue your dreams and time is at your disposal. Take care dear...
salam alaik.salam blog.tahniah...tulisan yg menyentuh ati
Mas, lamabat atau cepat, impian perlu di kejar/
pB,tak nak banyak.. sikit pun cukup...hehehe
Waalaikum-salam, Park Chick,
terima kasih singgah sini. Dah kunjung balas blog PC... nanati saya bertandang lagi...
Post a Comment