Tuesday, November 25, 2008

Selamat Harijadi Dilah

Selamat hari jadi ke 4*...selamat berbahagia sahabat tersayang. Selebihnya adalah doa semuga hidup Dilah sentiasa dalam kesihatan yang baik, kasih sayang dan berada dalam payungan rahmat Allah.
4 Nov yang baru lalu, hari jadi Syah, Milah ingatkan Dilah tentangnya.
Hari ini 25 Nov, hari jadi Dilah, Syah ingatkan Milah.
Masakan kita lupa 3 tarikh kelahiran kita! Kita kan masih muda...hiksssss...( hey.... apa tidaknya, ada antara class mate kita dulu, dah bercucu tau!)
Lebih suku abad lalu kita tidak pernah berjanji untuk bersahabat sampai tua. Tapi ya, kita amat sukar untuk melupai setiap sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Biar jauh terpisah selepas STPM, biarpun antara kita tidak hadir pada majlis perkawinan sesiapa pun antara kita, ingatan kita tetap ada. Bayangan wajah tidak pernah luput. Benar kata Mahadi pada Dilah,"Milah tetap ingat Dilah, tapi tak tahu nak cari di mana".

Selagi kenangan remaja tidak hilang warnanya, kisah kita tersemat dalam sejarah diri, kerana seorang dari kita adalah sebahagian dari setiap satu antara kita. Kita bukanlah nakal, tapi tak juga terlalu baik. Tak terlukis imbasan wajah dan emosi waktu itu, segala warna bermain ceria. Mana ada masalah, bukan lagi kekusutan jika kita duduk dan berdiri bersama. Masalah kita hanya untuk lulus dengan cemerlang, bermain hingga juara dan beraktiviti hingga memimpin. Tamat persekolahan menengah kita tidak risau untuk berpisah dan tidak sedih kerana tidak bersama. Daerah kita bukanlah sebesar mana; kita yakin akan selalu berjumpa. Waktu itu kita lupa bahawa tuntutan hidup tidak serupa. Masing-masing membawa haluan dan nasib kita rupanya berbeza. Azam kita untuk bertiga ke kampus yang sama tidak kecapaian.

Kali terakhir kita bertiga bertemu pada tahun 1987, beberapa minggu sebelum Milah merantau jauh. Kita ziarah Syah, kita jelajahi kampus idaman perbukitan Bangi. Kita rahsiakan perjumpaan kita dari Mahadi, walaupun dia juga warga kampus itu. Sebabnya kita bertiga hanya mahu bertiga. Tak mahu nanti Mahadi jika ada antara kita,datang mengepit buah hatinya yang jelita, nanti Milah dan Syah melopong saja! Ha ha ha...

Di sana kita kenal Anuar, kekasih hati Syah. Selepas itu aerogram dan gambar penghubung bicara kita. Syah di Sabah, Dillah di kota dan Milah terpelanting jauh di negara empat musim. Tahun-tahun seterusnya, sewaktu masing-masing memanjat tangga kerjaya, anak-anak juga membesar dan kita jadi lupa pada keakraban lalu dan tenggelam dalam persekitaran sendiri. Seorang di utara, seorang di ibukota dan seorang di selatan. Bukannya jauh jarak, bukan rajuk dan bukan lupa. Diam-diam sudah lebih 20 tahun kita tidak berjumpa.

Dilah dan Syah,
rahmat Ramadhan dan Syawal tahun ini wangi dengan pertemuan semula. Kita sambung keakraban lalu, kita semarakkan ukhuwah , kita satukan sang suami dalam lingkungan keakraban yang sama. Manisnya Milah Dilah dan Syah menyambung persahabatan yang beku seketika. Kini mekar semula. Bahagia melihat Azhar, Mahadi dan Anuar juga selesa dalam dunia mereka. Anak-anak mungkin perlu masa yang lebih untuk kenal, tak mengapa, biar ada batas pergaulan meraka. Terima kasih dari Milah untuk kalian berdua.
Alhamdulillah, tahun ini , kita saling di izinkanNya mengulangi semula kiriman ucapan seperti kita muda-muda dulu. Salam hari lahir... bukankah ia manis...?

Sunday, November 23, 2008

Hmmmm.................

Ammer demam sejak hari Jumaat dan masih on and off suhu badannya. Masih batuk-batuk..
Kakak kena gigitan serangga dekat mata. Bengkak dan merah kelopak matanya, dan sedikit demam.
Subuh tadi, waktu saya sibuk siapkan nasi bekalan suami pergi kerja; KakNgah bangun dan menonong ke arah saya dan bertanya..adik demam ka, mama? Saya letak tangan atas dahinya dan, sahkan. Yes.
Tok nampak "layu" sedikit hari ini. Agaknya letih sebab semalam saya bawak dia keluar, lunch diluar dan beli barang dapur kemudian ambil angin...Dia berjalan sendiri dan tak mahu bawa kerusi roda. Kemudian kami pergi fish spa.... 80% ikan dalam kolam tu berkerumun dekat kaki Tok...he he he . Kenapa ya?

Waktu ni semua orang sakit dalam bilik masing-masing, masih tidur. Lepas lunch tadi, semua mereka makan ubat dan tidur...Saya diam-diam ke kedai beli barang tambahan untuk buat kek tempahan raya haji. Dah balik dan tengok mereka masih tidur. Teringin nak tidur macam mereka, tapi tak terlelap. Dok teringat tempahan cheesecake esok, dan kuih cara berlauk juga ada yang menempah untuk dihantar esok pagi...
Heiii.. malasnya nak bergerak.......
Dan itu biskut tempahan Raya Haji yang dah siap belum lagi packing..
hmmmm....
Saya macam tinggal seorang dalam rumah ni...sunyi sepi!

Wednesday, November 19, 2008

It begins....

There is one place near a busy highway. On the rightside of the highway heading south is a new blooming business avenue called JA. Lots of happenings there days and night. In a tall and wide building facing this place, there are few people sitting around an oval table waiting for their bigboss. A little women is looking out to the hustle & bustle of lunch hour traffics through a tempered glass wall, with a nerve wrecking inside her that bothered to none of other members in that board room. That little women is me! No good news is expected. That is known to everyone; but how to say this out to my adik-adik. Let me re-phrase, how would they take this news. Few of them are single bread-winner.

As known, is about reduced schedule loading from key customers.

that in-lieu of that and the forthcoming December holidays

then

we are given a four days workday in a week

until end of the year.

Sighhhh.....I want to sleep. Wake me up when December ends....

To all my brothers and sisters warga kilang especially adik-adik in my dept, below doa is for you....

Wednesday, November 12, 2008

Tempias.....

"Let's think of xxx families, that is supported by this organisation" . Bigboss ended today's meeting with this phrases.
Sedar atau tidak, nak mengaku atau tidak, kami yang bekerja dengan kilang yang berpusat di AS terkena tempias krisis kewangan. Kalau di sana sudah demam di sini tentu dah seram sejuk da bersin. Bulan lepas sudah digariskan lima platform untuk mengawal kos. Tumpuan kami untuk mengekalkan jumlah tenaga mahir dan kurang mahir yang berkerja di organisasi kami. Faktor manusia agak sensitif. Minggu ini sejumlah operator pengeluaran yang kontrak mereka tamat ; tidak dapat di sambung kontrak baru, dengan ertikata lain, terpaksa diberhentikan. Permintaan menurun sebanyak 12 peratus. Ramalan untuk 3 bulan akan datang dijangka pada tahap penurunan 15-18%. Kami menganggarkan pola penurunan tidak kurang dari 22% sehingga Mac. Ada juga yang kurang setuju bila saya unjurkan ramalan penurunan hingga Mei 2009 - alasan saya satu saja; "Mr Obama is not a magician". Bbrp orang ketawa....Ketawa lah... saya serius. Saya bukan arif berpolitik tapi Obama will needt least a couple of years to straighten things.....
Sheila, pakar sumber manusia kami datang memeluk saya dari belakang, senang kerja I kalau kita manpower kita tak di usik! Nakal dia!

Saya pernah kena VR ( tak lama kemudian kilang S yang nampak macam hotel dari hiway terus tutup) - memang sakit hati dan sedikit rasa rendah diri walaupun dapat wang besar. Walaupun tak sempat tanam anggur dan bulan seterusnya saya dapat kerja di satu syarikat yang lebih besar; bayang-bayang VR menggerunkan.
Tiada kerja lebih masa sekarang. Operator pengeluaran, store hand, despatch boy, securiti guard, ramai yang mengeluh. Tapi budak-budak ni kreatif. Pandai promosi, hari ini ada sample karipap atas meja, esok bungkusan kacang...siap dengan contact number pada packing. Macam-macam mereka jual. Dari pampers hingga ke madu lebah. Kesempitan hidup membuka minda mereka untuk cari pendapatan sampingan.

Aci yang kerja sapu sampah tunggu saya datang, suatu pagi. Dia minta saya buatkan kek coklat banyak-banyak. Dia mau beli dengan saya dengan harga murah , nak di jual pada kawan dan jiran yang nak sambut Diwali. Saya minta maaf sebab masa tu ibu mertua sakit dan saya tak ada masa nak baking. Saya bagi resepi suruh dia buat kek coklat sendiri dan bawa dia ke kedai pembekal yang saya berlanggan. Dapatlah dia harga bahan yang murah sikit berbanding harga biasa pasaran runcit. Lepas Diwali dia bukan main riuh bercerita kek dia laku sungguh. Saya pun tumpang gembira. Sekarang ni tak habis- habis senyum...katanya, hari-hari duit masuk sebab dia hantar kek potong untuk jualan ke kantin kilang anak dia bekerja. Rezeki awak lah aci...andai rajin berusaha tentu ada hasilnya...Mungkin pada sesetengah kita berpendapat berapa la sangat hasil jualan kecil-kecilan begitu, tapi air menitik kalau ditakung, penuh juga tempayan kan?
( ada yang tak tahu ka, tempayan tu apa?....saja cikMilah nak usik!)

Seorang lagi minta ajarkan buat kek dan pulut serimuka. Dia jiran sekampung saya, ada juga bau-bau bacang. N namanya bekerja di kilang mikrocip terkemuka di Bayan Lepas. N ni mangsa tsunami dulu. Waktu itu dia bercuti syif, mereka suami isteri turun memukat di laut Balik Pulau. Kedua mereka di telan ombak dan dia dijumpai terdampar atas batu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Sejak itu dia phobia dengan laut. Hanya suaminya turun ke laut pada waktu lapang mereka. Kesian mereka sekarang berkerja hanya waktu biasa dengan sekadar gaji pokok, sedangkan belanja keperluan meningkat. N sejak dulu ambil upah menjahit untuk tampung pendapatan. Oleh kerana kesihatan terjejas akibat tsunami dulu, majikan benarkan dia bekerja waktu pejabat, jadi sebelah malam, dia ambil upah jaga anak kecil kawannya, jika kawan itu bekerja shif malam. Dia kan buat segala kerja untuk mengumpul duit lebih.
Bak kata N, siapa nak di harapkan untuk menolong, jadi perlu berusaha sendiri.

Tengahari kelmarin saya tengok Buletin Utama kat kedai makan, tentang seorang cashier sambilan di tetak perompak hingga mati. Dia juga seorang ustaz...Lihat lah dan fikirkanlah. Kalau imbuhan seorang ustaz itu mencukupi semua keperluan, tak mungkin dia sanggup bekerja sambilan...

Saya ceritakan tentang Aci dan N bukan untuk membangga diri atau menghebahkan pertolongan kecil saya pada mereka, Nauzubillah...Saya ingin berkongsi contoh kecil masyarakt kita yang berpendapatan sub-RM1K. Demi hidup yang lebih selesa mereka memerah keringat dengan idea kecil dan kudrat yang tak seberapa. Pada kebanyakan kita, berapalah sangat hasil jualan kuih, upah menjaga anak orang, atau kerja menyapu sampah. Mereka kurang bernasib baik dari kita yang ada pergantungan kukuh, aset yang stabil dan ijazah bekalan ekonomi. Mereka tak tahu apa itu blog dan tak kisah kecoh-kecoh politik tanahair kerana waktu yang ada mereka gunakan untuk bekerja menambah pendapatan. Mana ada waktu untuk membaca atau blogging macam kita....rezeki dan nikmat dari ALLAH datang dalam berbagai bentuk.

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa ada kilang yang bekerja 4 hari dalam seminggu sekarang.
lagi baca di sini....

Saturday, November 8, 2008

Biasa...

Hari ini Sabtu, kembali pada kelansungan hujung minggu yang biasa. Rasanya dah 10 minggu, hari minggu saya jauh berubah dari kebiasaan yang biasa - ya lah sejak bulan puasa, kemudian raya ,bersambung pesta makan dan akhir sekali kesihatan Tok. Semuanya itu mengubah kebiasan hujung minggu sekaligus saya amat lelah. Sepatutnya giliran saya jaga Tok hari ini dan esok, tapi KakLong bawa Tok ke rumahnya sejak dari keluar hospital ; jadi seminggu dua ini Tok akan tinggal di rumah KakLong.
Boss cakap duduk rumah, rehat.
Baek Boss....( tunduk dan senyum ala-al isteri solehah.............................hiks)
Bangun macam biasa dan lepas solat dapat baca Quran lebih sikit, kemudian masak untuk sarapan sambil on kan mesin basuh. Hari-hari lain sarapan ready-made tapi hujung minggu ini lainlah sikit kan. Tak ada yang istimewa pun,pagi ni saya buat cucoq udang. Bukan cucur udang yang makan dengan tauhu goreng, kentang goreng dan segala mala tu ya. Saya buat jemput-jemput udang, istilah orang selatan...Dah lebih dua bulan tak buat cucoq udang. Saya suka letak bawang lebih, dua labu bawang besar saya dadukan, campur 2 batang cili merah yang di hiris halus, 5-6 batang daun bawang, udang basah yang siap di kopek, udang kering yang di tumbuk, sebiji telur dan tepung secukupnya.. Macam biasa kalau buat kuih ka, cucoq ka saya lebih suka gaul dengan tangan. Boleh rasa teksture adunan, lagipun, pueh rasa hati. Sementara dok bancuh bater cucoq udang, saya panaskan minyak. Dan ya, bila adunan dah sebati, saya masukkan 2 sudu besar minyak panas tu dalam adunan dan kacau cepat-cepat dengan sudu itu juga. ( Cari nahas la kalau nak kacau dengan garpu asli ni kan...). Kenapa ya? Saya nampak aruah mak dulu buat camtu, saya ikut saja.. Tak lama selepas itu saya jumpa petua dalam majalah Wanita, katanya, buat macam tu utk ranggupkan kulit cucoq... Hmm sedap jugak...masuk lif tekan butang sendiri la kan....:) Makan dengan sos cili dan kuah kacang lebihan open house dulu. Masih banyak, saya bekukan. Nak makan , panaskan saja.
Sambil goreng cucoq, siapkan nescafe dan telur setengah masak untuk Abah. Abah kerja hari Sabtu, tapi sempatlah duduk sarapan sekali. Bye bye...
Masuk tidur balik.. ? No no no...
Banyak kerja nak di buat.. maklumlah tak ada pembantu. Kakak dan Ammer tidur balik selepas subuh. Tidur tak bergerak anak 2 orang tu, malam tadi training TKD. KakNgah pun macam tu, masing-masing bangun solat dengan mata separuh buka...Dia tengah berlatih hoki waktu Abah gi jemput kat asrama petang kelmarin.
Dah lama tak pergi pasar. Pi mar-ket, kat orang utara. Walaupun tinggal di jajahan Bkt Mertajam, saya tak betah denga market BM...setia dengan market Seberang Jaya. Dah kenal pakcik ayam,abang daging, apek udang, mak nya telur, adik sayur dan kakak bawang. Adik-adik yang jual santan segar pun tegur dah lama tak nampak!
Selalunya pukul 8 pagi saya mesti nak sampai ke rumah sebab nak ikut yoga kat tv.
Pagi ini saya tak perlu tergesa-gesa. Sejak keluar kenyataan tentang persamaan gerak yoga dengan amalan agama lain, dan ura-ura fatwa yoga itu haram bagi umat Islam , saya dah stop senaman ini. Tak ada dakwa-dakwi. Bagi saya mudah - sekiranya sesuatu perkara itu subahat dan saya tak pasti kehalalannya, dah termasuk dalam kiraan haram, tinggalkan saja. Saya terkejut besar bila tahu tentang ini.. Ya Allah, ampuni hambaMU yang jahil. Inilah padahnya beramal tanpa ilmu. Yang pasti, semasa buat yoga tu saya berniat untuk senaman fizikal , keluarkan peluh dan regangan. Meditasi yang duduk bersila tegak dengan tangan atas lutut tu saya tak pernah buat. Betul, seingat saya tak pernah buat meditasi. Orang meditasi saya pelan-pelan gulung tikar senaman dan menyelinap keluar...balik.
OK- drive sambil melamun pasal yoga tadi, dah sampai pun rumah...
Aik.. sarapan atas meja dah licin tapi tak dak sorang pun luar ni.. Jengok tengok bilik, ada sorang masih golek-golek dengan novel kakUmmi kat tangan, Seungu Lavendar. Kat bilik satu lagi ada orang tengah belek kuku dan si bujang terlentang atas katil dibilik saya.
Hari ini nak masak lauk kampung. Tadi beli ikan keli yang dah siap di besiang. Saya kenal Abang keli ni, dia jual keli dari kolam ternakan sendiri. Sejak kecil saya suka keli tapi yang jenis keli keras sahaja. Keli lembut tu, tak makan. Senang saja nak bezakan keli keras dengan keli lembut, yang keras warnanya perang dan saiznya kecil. Kalau yang jenis keli lembut, saiznya besar dan warnanya hitam. Keli keras jarang di jumpai dan sekali jumpa, layan la...Anak-anak pun suka.... ibu orang kampung dibendang...keli haruan memang suka...ulam dan umbut apatah lagi...
Leceh nak cuci ikan darat ni, rendam dalam air asam, kemudian cuci, ulang lagi dengan garam kasar dan cuci hingga lendir dan bau hilang.. Inilah sudahnya.

Ikan keli masak sambal cili dan tomato

Masak lemak cili api rebung dengan ikan bilis. Cili padi tu hiasan saja ya...tak berani saya gigit cili padi buat ulam macam KakAnie.. he he.. Tengok tu, kuah menitik atas pinggan alas jadi bentuk love - sumpah, jadi sendiri, saya tak bentukkan...


Sambal belacan dengan ulam, kangkung rebus dan bendi celur.

Memang pedas....sampai panas telinga sebab saya tambah cili api. Lepas makan, saya kulum 2 biji kurma sekaligus...nak hilangkan pedas....

Alhamdulillah, finally I have back my quiet Saturday afternoon, a time for myself....

Thursday, November 6, 2008

Alhamdulillah...Tok dah sembuh

Sejambak bunga untuk semua...
Terima kasih pada segala doa saudara mara dan kawan-kawan yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tok ( ibu mertua) saya. Dia telah pulih dan kembali ke rumah.
Jazakallahu khairan kathiira...
Special thanks to KakElle yang banyak bagi nasihat dan suruh saya bersabar...

Semuga semuanya dilimpahi rahmat dan kasihsayang Allah




Monday, November 3, 2008

About Tok.. and of Our Almost Missing Solat

Seen her condition on Saturday - I convinced Abah and BIL then we took her to hospital right away, and the best is to refer her to the nearest hospital . Her breath is short and her face and both of the feet swollen. Kesian sangat tengok dia diam tak bersuara sambil berteleku atas kerusi. Teringat aruah MaK dulu. Kalau jadi macam ni, myKakak akan cepat-cepat bawa kehospital.

I accompanied her to the doctor and requested an X-ray onto her lung. Yeah...her lung swollen and that caused her short breath..As my silent guessing, she is warded. To be exact, dr gave her options either to give medication and go home and get the urine flow naturally or get it done by hospital procedure . I left the decision to be made by her own blood and flesh besides my silent doa for her to be warded here ( they have plan to take her home then send her to private hospital). Tak sampai hati la..nak transport dia sana sini. dengan keadaan dia yang lemah dan semput gitu... I suggested to my hubby to let her making her own choice which she finally wanted to be warded there at the GH. Hubby and BIL went home to get some rest and check on kids we left at Tok's house. BIL has to go back to KL , he's sitting on his exam this week.
I was more prepared this time. I had in my Sew Pretty Pink bag a bottle of drinking water, a pack of biscuit, asam boi and a novel to read. With a bundle of telekung in , this bag had turn up to a good pillow, at the same time my phone and purse are safely intact if in case I fall asleep.

At once,her short breath became intense and I called the nurse. Know what her answer was?
"so, nak bagi dia oksigen ke kak?"
Saya macam nak telan itu nurse hidup-hidup! Do I look like one of those doctors? Do I need to advise you what to do? Nasib baik tak meletup ayat-ayat ni!
"Dr tak bagi order suruh letak oksigen, pasai tu saya tanya kak.." Agaknya dah gelabah kot dia, Saya tenung dia dengan mata bulat dan geram!

"Sebab masa dengan dr tadi dia tak penat terok macam ni!". Lancangnya engkau cikMilah!

Saya memang tak boleh tolerate kalau petugas dok lengai tak tau apa nak buat waktu emergency . Sebab ini memang tugas dia. Kalau tak pasti, refer la kat doktor ka, atau misi yang lebih senior. Yang mai tanya kat penjaga pesakit tu buat apa! Tok tenang semula selepas bbrp waktu oksigen di pasang, mukanya mula merah, peluh mercik lagi. Saya salinkan pakaian , pakaikan dia baju hospital dan dia tidur.

I need a bath and wanted to lye down flat. Both of my legs are swelling - water retention agaknya sbb agak lama kaki berjuntai di kerusi malam tadi. Saya tunggu Abah datang, kemudian balik mandi dan berkemas sbb kami kena balik Penang. Times up. Esok hari sekolah dan kerja.

Bila datang balik ke wad, baju hospital Tok dah lembab sbb dia banyak berpeluh. Saya offer nak lapkan badan dia. Menitik gak ayaq mata ni masa lapkan Tok, sbb teringat aruah MaK dulu - dia suka kalau saya lapkan badan dia. Selesai lap badan dan kepala, saya sapu bedak dan salinkan baju. Kasi pakai kain batik dan baju Kedah.. hmmm... baru nampak segar sikit dan wangi lagi...Lega rasa hati bila mak dah mula bercakap dan senyum. Tapi memang tak sampai hati nak tinggalkan dia. Waktu kami tinggalkan dia, ramai jiran-jiran datang ziarah.

Selalunya, kami bertolak pukul 6 petang dari kampung, jadi bila sampai Dataran Gurun, memang ngam-ngam masuk waktu maghrib. Kami suka berhenti di sini sebab kemudahannya cukup dan ruang solat wanita juga luas. Bilik air bersih dapat menampung ramai pengunjung. Tapi semalam kami bertolak 30 minit lewat. Saya ingatkan anak-anak, ambil wuduk siap-siap di hospital, jadi nanti kami tak perlu buang masa di bilik air kat Dataran Gurun.

Jalan pula agak sesak dengan lori dan trailer yang menguasai kedua-dua lorong. Saya dapati trailer ini bergerak dalam kumpulan antara 3 - 5 biji .Sepatutnya mereka di lorong kiri sebab trailer ni agak kurang laju berbanding kereta. Ini tidak, kedua-dua lorong pun mereka guna jadi berderetlah kereta di belakang trailer yang guna lorong kanan itu. Perjalanan dari Jitra ke Gurun selalunya cuma 45 minit - sekarang sudah pukul 7.30 kami masih belum separuh jalan!
Nak potong macamana, ada dua tralier beriring sepanjang jalan. Mereka macam berlumba masing-masing tak nak beri laluan. Saya ketap gigi jer.. rasa macam nak...honnnnnnnn panjang!
Bila nak masuk ke kawasan Dataran Gurun, barulah trailer yang sebelah kanan tu memotong trailer yang sebelah kiri jalan.. apalagi semua pecut....
Tiba di sana, maghrib sudah tua... Cari parking lot pulak!. Banyak kereta, macam biasa. Tapi yang saya kesalkan mereka lepak-lepak di ruang parking, sembang-sembang.... Sepatutnya mereka lebih ambil kisah. Jangan la lepak kat situ, orang lain pun nak park jugak. Bukan orang muda saja. Yang berkopiah lebai pun lepak sama kat situ. Kalau dah solat tu, undurla kereta atau pi la sembang kat tempat lain. Kerusi banyak kat dataran tu..Inilah orang kita kan, tak bertimbang rasa. Sepatunya kenalah faham, kemudahan awam untuk di kongsi, bukan monopoli.. sikap aku punya dan aku masuk dulu, pentingkan diri sendiri...sukar dikikis...
Kami terpaksa parking kat stesyen minyak nuuun jauh dan menapak hampir 80 meter ke surau. Nasib baik masih berwudhuk , basuh kaki dan sempat lah tunaikan solat dlm surau yang hampir lengang...

Ya Allah, jika ini yang Engkau aturkan, aku mohon Engkau berikan bersamanya kasih sayang, rahmat, kekuatan, ketenangan ,keteguhan dan kekuatan pada kami.. Amin....