Tuesday, February 24, 2009

Coklat

Updated with pics..
: maaf ya, ada problem sikit tak boleh upload gambar..

Asyiknya kalau dapat menikmati coklat. Hati panas pun jadi sejuk bila coklat mencair dalam mulut. Saya memang suka coklat dalam bentuk apa sekalipun tak kiralah minuman coklat, aiskrim coklat, kek coklat , asalkan ada coklat semua saya suka. Tak faham saya kalau ada orang cakap tak suka coklat kerana bagi saya ia amat istimewa. Saya pernah terbaca sebaris ayat yang diungkapkan seorang Inggeris yang buat kajian tentang coklat ( maaf tak ingat namanya ) Katanya,"9 out of 10 people like chocholate, with the 10th is a liar!" Macam lawak bunyinya dan agak prejudis sebab orang yang buat kajian dan rumusan ini pun seorang professor yang amat suka coklat! Saya percaya ungkapan ini benar. Pengalaman sendiri tentang seseorang yang selalu sebut, "I don't like chocolate". Tapi kalau saya makan aiskrim coklat ke, dia lah yang mengendeng minta dibelikan yang coklat juga. Begitu juga kalau ada yang bawa kek coklat ke pejabat, malah bila pejabat kami menerima pemberian coklat dari pelawat atau boss, orang itulah yang lebih-lebih. ( Saya mengata yang benar!)Setidak-tidaknya ungkapan orang Inggeris tadi saya nampak kebenarannya di depan mata.
Saya berangan-angan mahu buat coklat sendiri. Punyai kiosk coklat sendiri....kalau tak laku dijual; sendiri buat sendiri makan...hahaha, tak rugi kan! Cuti panjang sebulan lalu membolehkan saya merealisasikan anganan ini. Setelah 2 kursus teori dan praktikal,saya nekad melabur duit membeli bahan mentah yang original iaitu "Belgium Chocolate", cocoa butter, acuan dan perkakas lain.( sorry.. nak angkat diri sendiri). Coklat yang saya hasilkan, Alhamdulillah.. menepati cita yang saya angankan.
Enjoy....fresh coklat

Sample untuk cenderahati perkahwinan jiran: 4pcs in a box
Lollipop.

more to comes......

Sunday, February 22, 2009

At last...

Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah yang penuh rahmat dan nikmat. Sibuk itu sebenarnya nikmat yang Allah beri untuk mencapai kepuasan kita mengisi hidup.

At last, I managed to squeeze some times to jump out from my hatching nest and say ...

  • hey... I got a job. I mean, I am back to employment after that grey 23rd January retrenchment.
  • a new life will be at a MNC in Kulim HiTech Industrial Area, start work on 23rd Feb. Ewwwww.. it is exactly one month of being un-employed ( now I can consider those time lapse as cuti panjang...hehe)
  • becoming an in-house instructor at a one stop center to learn bakes and cakes. I will be a chocolate craft instructor, my first class intake is on 8th Mac..hhhhhhhhrrrrrr..my nerves wrack!!! I am teaching homemade chocolate.
  • still have hantaran and hamper gift to be completed today. A die die must do! As I am back to work, then I am not gonna compensate my night sleep to this artsy craftsy work. Got to be fresh and alert for that new workplace environment.
  • buiding a new blog for my chocolate ventures...
  • start taking a class at the nearby mosque ( 10.00 am - 12.00 noon) on every Sunday.

To everyone who responded to last 2 entries, thank-you very much. I really appreciate all the comments, wishes, doa and thoughts. I really do. I am sorry, and I regret of not being able to reply to each and everyone. Doa dari saya semuga Allah membalas segala kebaikan semua dengan ganjaran yang lebih baik.

To Ummi365 who callled me while I was still in the interview room, waiting for my offer letter. thank-you dear. Your voice is soo sweet. I was still shilvering at that moment. Smsed to dear hubby and fews names that came to my mind to overcome my nervous. In shocking state, sort of... I was never expect to get that job real fast and called to start work immediately.

To KakElle, thank you very much for yr sms and words of courage. Eat good and take care. Sempat jengok blog akak, nampak sedap nya asam pedas tu...yumm yummy..

KakSilversarina, get well soon. I was driving along the PG Bridge when received yr sms..

Azzah8, maaf, sms you pun I tak sempat jawab. Nanti I ambik gambar dengan jubah tu ya; tapi kena pendekkan sikit. Biasalah, jubah Arab memang panjang. Nak tengok I pakai jubah Azzah dan bergaya dengan beg EA yang KakElle beli kat states! Wink wink...!!

Suhaila, good luck on your new transfer..nanti kita jumpa eh!

Salam and bye everyone. Today is the first class at the mosque. Got to run to mesjid. Kelas mengaji mesti duduk paling depan. Kalau tak nanti I ngantuk!

Semuga rahmat Allah, petunjuk dan hidayahNya sentiasa bersama kita. Semuga kita di beri olehNya kesihatan yang baik, dan kemampuan mengimbangi tuntutan dunia dan mencari bekal ke alam barzakh and baqa. Amin.

Wednesday, February 18, 2009

Mengeram

Salam ceria

Blog ini sedang melalui tempoh mengeram sebab penulisnya telah merancang terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan dalam tempoh terdekat. InsyaAllah bila kepala dah ringan dan angan-angan sudah jadi nyata dan keinginan sudah makbul, sesuatu yang baru akan muncul. Doakan yang terbaik untuk saya.

Semuga semuanya sihat dan selamat. Pada yang terlantar sakit, sabarlah ya. Saya sentiasa doakan semuga cepat sembuh dan kembali pada diri anda yang aktif. Pada yang sakit-sakit manja, jaga kesihatan ya. Semuga semuanya ceria bahagia dan berbaik-baik agar kita mendapat anugerah terbaik dariNya.

Monday, February 16, 2009

Pedas Menyengat

Sehari dua ini saya teringin makanan pedas. Bukan pedas biasa tapi pedas yang berlebihan. Tah la pasai apa pun tak tau. Nak kata mengidam, ishhh... dak kot...Saja suka. Kalau buat sambal belacan tu, sama banyak cilipadi campur dengan cili merah, letak belacan bakar banyak sikit, gula sikit, garam kasar dah tu tumbuk lesung.. perghhhhh...Lepas tu perahkan air limau nipis, duhhhh...pekena dengan ulam apa pun laju saja makan dengan nasi putih. Panas pedas sampai ke telinga...
Masa mengidam pedas tu, ym dengan KakElle dia ajak makan bakso. Hah, bagus sangat, sambil ym saya merebus daging buat stok! KakElle ajar buat sambal cili guna cili merah dan ciliapi direbus sekali lepas tu tumbuk dan bubuh garam.... Sedapp woo, cik abang kata bagus sambal ni, pasai cabai dah masak, InsyaAllah tak pedih perut. Licin licau bakso malam tu; tak sempat nak snap gambar pun.. Pedas sambal cili menambah sedap bakso. Menyengat!
Bagi setengah kita kalau tak ada pedas, tak selera makan. Saya bukanlah dari golongan yang baginya lagi pedas lagi sedap. Hanya sesekali nak makan pedas yang pedasnya menyengat. Lagipun cili ada gizi pemakanan juga...saya petik dari info FAMA.
Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum yang berasal dari keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun.Ia mengeluarkan bunga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun.Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium.Is masih dikategorikan sebagai sayuran dan dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong.Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis. Sumber yang lain menyatakan cili ataupun cabai mempunyai khasiat yang tersendiri, dipercayai dapat membantu melancarkan peredaran darah, mengaktifkan denyutan jantung selain mengeluarkan gas dari saluran pencernaan. ( sumber FAMA)

Selain khasiat buahnya, daun cili juga ada gunanya dalam perubatan tradisional. Bagi yang mengalami sakit perut, daun cili boleh digunakan dengan menumbuknya halus dan mencampurkanya dengan sedikit kapur sirih dan ditampalkan pada bahagian sakit.
Begitu juga pada anak kecil yang menghadapai masalah kecacingan. Saya masih ingat waktu Alia dan Amalina masih kecil, kalau balik kampung dan mak tengok cucu tak selera makan, kata mak, anak ni kena cacing. Aruah mak ambil segenggam dua daun cili api, diramas dalam air kemudian akan siramkan pada jirusan terakhir mandian mereka. Cuma jiruskan dari tengkok ke bawah...jangan tanya kenapa tak kena pada kepala. Tak teringat pulak nak bertanya pada waktu itu. Kesannya, selera makan anak-anak pulih...
OK , berbalik pada selera pedas ni, malam semalam nak pedas jugak. Ada kerapu seekor, saya buatkan goreng sambal cili ala Thai, sambal cilinya bercampur petai yang di hiris halus. Habis sekor kerapu kami kerjakan berdua ... Bukan ikannya saja, kuah lemak cili api udang dengan belimbing buluh pun pedas juga, tapi tahap "mild" saja lah...hehe.. kesiankan anak!
Makan pedas ni kena beringat jugak. Kadang-kadang perut memulas kerana banyak makan terlalu pedas ataupun berpunca dari ramuan cili yang tak cukup masaknya. Dah dua hari makan pedas,belum puas rasanya. Lepas hantar anak ke sekolah pagi tadi, terus ke Pasar Seberang Jaya. Cari soto MakNjang. Sapa-sapa yang mai kot sini, cuba lah soto ni..Sedap.. original. MakNjang ni orang selatan dari gaya cakap dia tu. Gerai dia kat pintu masuk dari tempat letak kereta, dekat Mami Roti canai. Jom..pekena! Sambal cili dia, memang power. Ini kira last la kot untuk "cycle pedas " kali ni...kesian kat perut!

Saturday, February 14, 2009

Bunga Melur

Dalam bersahabat, saya ingin menjadi bunga melur.
Memutih, mewangi dan menyembuh.
Bunga melur hanya berwarna putih tidak seperti bunga-bunga lain yang senama tapi punya warna yang berbagai. Barangkali ia dijadikan sedemikian untuk jadi lambang pernyataan hati yang bersih, ikhlas dan tulus.

Sepanjang riwayatnya dari kudup, sewaktu kembang mekar hinggalah menjadi bunga kering,bunga melur tetap wangi. Bunga melur berbau sangat harum terutama pada waktu malam dan ia mekar sepanjang tahun dihalaman saya. Bila berpindah dari rumah mak, saya bawa sepasu pokok bunga melur. Sewaktu anak-anak kecil masih dulu, saya kerap gunakan daun dan bunga untuk menjaram kepala anak demam dan mengubat mata saya yang selalu kena sakit mata merah. Aruah bapa meletakkan bunga melur yang diramas hancur pada bekas gigitan tebuan atau lebah, katanya untuk menghilangkan bisa dan bengkak. Aruah mak menyediakan air daun dan bunganya yang diramas dalam air untuk membasahkan kepala bagi menghilangkan pening kepala waktu saya mengandung sulung.

Kudup melur cukup berkhidmat pada upacara perkahwinan apa jua bangsa ; menjadi bunga rampai, bunga manggar, menghias sirih junjung, melilit sanggul anak dara dan mak dara....Melur susun kelapa pecah lima kelopaknya sering mendapat tempat dalam rawatan tradisi orang Melayu dan bunga wajib dalam upacara agama Hindu. Dan bunga melur cina amat harum dan dinyanyikan sebagai lagu rakyat berbuai.
Ayun laju-laju
sampai hujung sana
apa dalam baju
sekuntum bunga cina

Adat bunga akan layu dan kering. Biar pun begitu melur tetap harum dan ia di jadikan asas minuman teh melur yang lembut perisanya dan wangi aromanya. Semuga melur jadi petanda sebuah persahabatan yang luhur.

Thursday, February 12, 2009

Comel, kan?

tak payah teka, ramai yang tahu hasil tangan siapakah ini...comel kan.
Teringin sangat pada kecomelan booties ni, saya minta KakElle buatkan sepasang. Waktu ym tu KakElle dah dapat agak saya nak gantung dalam kereta... Inilah hasilnya, screen charm dan juga berfungsi sebagai pewangi kereta..

Saya isikan cotton bud yang di sembur pewangi kegemaran saya, kemudian gantungkan pada cermin atas Matrix saya....hmmm...bersemangat rasanya bila masuk kereta pagi-pagi.. wangi.....


Thank-you KakElle.
Mohon ampun jua kerana siaran tertunda ni..dah lama peram tak baik kan I, tapi wangi lagi tau booties ni..Bukan malas ( masih tak mengaku... ) tapi seminggu ni saya lebih senang membaca...dan banyak berfikir, mungkin sebab tu blog tak updated!

Friday, February 6, 2009

Happy Birthday Kakak

Happy 15th Birthday Kakak...
Few captions about Kakak;
named after Mama's goods friends in St Louis, MO; Alia O'keefe and Khadeejah Whethersby. Meraka sahabat sepanjang zaman. Mengisi kerinduan saya namakan puteri sulung, Alia Siti Khadijah. Juga mengambil berkat nama Ummul Mukminin, Saiyidatina Khadijah r.a.
Kakak panggilan for Abah Mama KakNgah dan Ammer. Semua orang lain panggil Alia kecuali aruah Mak dan adik-adik Mak, juga PakWa (my eldest brother), panggil dia Khadijah.

Dapat adik masa umurnya belum pun setahun. Tengok slide tu very protective jada adik baru lahir.

Suka memasak. Memang boleh diharap kalau Mama Abah tak ada kat rumah, adik-adik memang tak lapar.


Happy Birthday sayang. Rindu Kakak waktu kecil....few snapshots when she was under 12 yrs old...





Aunty Elle tanya tak dak makan-makan ke...hehehe,
OK , ni nak share gambar cupcake yang Kakak bawa ke sekolah untuk celebrate dengan best friends. Ekslusif untuk kawan rapat jer...syyyy.


She requested for a dinner outside. OK apa salahnya..Lepas maghrib kami keluar...masing-masing lapar , terus enjoy makan tak sempat ambik gambar ...

Tak ada kek ke?
Kek dalam oven tu.. baru bakar..Petang nanti Kakak jemput kawan-kawan celebrate kat garden ala-ala picnic...
Jemput datang.....

Wednesday, February 4, 2009

Baling katak....

Siang tadi saya kemaskan closet baju dan almari kasut anak-anak.
Ada sekarung besar kasut lama yang dah tak muat kaki anak-anak, ada antaranya masih baik dan boleh dipakai.
Belum habis berita tivitiga, saya asingkan yang masih boleh dipakai untuk re-cycle dan simpan dalam kotak.
Selonggok kasut lagi memang uzur.
Anak bertanya,
"mama nak buat apa kasut ni.."
"nak baling ke Perak!"
"kenapa?" kesian anakku confuse dia dengan mak yang tengah marah dan bengang...
"Baling katak yang suka melompat-lompat."

Sunday, February 1, 2009

Happy Birthday KakNgah

She's born on 30th Jan 1995 ; 6.32pm.
On the same date /time this year, we're crossing Penang Bridge to be with the whole family for tahlil for aruah Abang Azrul. Just wishes and kissess; being the happy-go -lucky KakNgah, she cherished the moment with Alhamdulillah..
31st Jan, Abah wanted to treat her girl for lunch outside, but everyone of us were tired and just lazy to go out as we'd be going to tahlil again in the evening.
So today, we cheered up ourselves with simple nasi putih and sup daging and sayur campur. Later we indulged to mama's chocholate cake with ganache and fresh strawberries.
We took good rest; lazy out in our housecoat.
In the evening, before sending her off back to SGGS hostel, we had pizza and blueberry cheese cake, all homemade.
Happy Birthday sayang...